ABDUL HAMID MUDJIB HAMID BERSHOLAWAT

Selasa, 02 Oktober 2012

DO'A ANGIN MERAH (AL-RIH AL-AHMAR)


Angin Merah atau Angin Sesat atau Angin Ahmar(Al-Rih Al-Ahmar) adalah ciptaan Alloh SWT yang dapat membinasakan anggota badan mengikuti kehendakNya SWT. Sesungguhnya Dia yang menciptakan suatu penyakit dan Dia jugalah yang akan menyembuhkannya. Dengan do'a berikut ini walaupun sekali dalam seumur hidup, insya Alloh kita akan dilindungi dari serangan angin merah atau angin ahmar (Al-Rih Al-Ahmar):
-----------------------------------------------------------------------
ARTI DO'A DIATAS KURANG LEBIH SEBAGAI BERIKUT :
Dengan nama Alloh Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Alloh; dan dari Alloh; dan kepada Alloh; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Alloh; dan Alloh Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Alloh Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Alloh, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Alloh pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Alloh yang menyembuhkan, dengan nama Alloh yang mencukupkan; dan dengan nama Alloh yang menyihatkan; dengan nama Alloh yang dengan nama-Nya tiada memberi mudlorot sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan dari Al-Quran yang menjadi penawar/obat dan rohmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Alloh, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Alloh Maha Besar, Alloh Maha Besar, Alloh Maha Besar. Aku berlindung kepada Alloh, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupa bentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Alloh dari semua kebinasaan, dan segala maksiat, bala' bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Alloh, lindungilah pembawa (pengguna) suratku/tulisanku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi;
wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada siapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari adzab pada badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar/merah dan penyakit yang besar yang menimpa pada diri/jiwa dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat sarafku.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan: “Jadilah..! Maka jadilah ia”. Alloh Maha Besar, Alloh Maha Besar, Alloh Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang menciptakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiyatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami jelaskan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu/penolong orang-orang yang dlo'if dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan silih bergantinya malam dan siang dan siang ke  malam; wahai Tuhan yang Gagah Perkasa(mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi congkak; wahai Tuhan sebaik-baik penolong; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tua (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Alloh, peliharalah aku dari penyakit yang berbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar/merah dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pingsan, dan kesusahan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Alloh, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (saling benci membenci) orang 'awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan sehari-hari, dan gempa bumi, dan bala' bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Alloh, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang menipu, dan dari sesuatu yang datang dari silih berganti malam dan siang melainkan sesuatu yang datang itu adalah dengan datang yang baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Penolong dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan pertolongan Alloh yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan Allohlah yang mencukupi kami, dan Dzat sebaik-baik yang mewakili dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Alloh yang mencukupkan, Alloh yang menyembuhkan, Alloh yang memberi 'afiyat. Dan semoga sholawat Alloh selalu tercurahkan kepada penghulu / Junjungan kami Nabi Muhammad dan kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala macam pujian hanya milik Alloh Tuhan Seluruh Alam. Amin…!!!