ABDUL HAMID MUDJIB HAMID BERSHOLAWAT

Minggu, 27 Maret 2011

SEJATINYA Nur Nabi Muhammad SAW(Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar)

Nur Nabi Muhammad Saw


Tahun Gajah, 12 Rabi`ul Awwal, lahirlah Junjungan s.a.w. ke alam nyata. Kelahiran yang menjadi rahmat bagi sekalian alam. Allah jadikan alam ini semata-mata kerana hendak menzahirkan rahmatNya ini bagi sekalian alam. Jika bukan kerana Junjungan s.a.w. nescaya alam ini tidak diciptakan Allah s.w.t.
Roh Junjungan s.a.w. merupakan seawal-awal makhluk yang diciptakan Allah, menurut keterangan bukan seorang tetapi ramai ulama dari kalangan pemuka Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. bukannya Syiah sebagaimana tuduhan penderhaka Wahhabi). Sebelum itu apa itu roh ? Ianya adalah rahsia Allah, tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah. Roh inilah yang digelar, disebut dan dipanggil dengan berbagai nama kemuliaan seperti "An-Nurul Muhammadiy", "Nur Muhammad", Haqiqatul Muhammadiyyah" dan sebagainya. Al-Amir 'Abdul Qadir al-Jazaairi dalam kitabnya "al-Mawaqif" pada mawquf yang ke-89 telah menyenaraikan banyak lagi gelar dan nama panggilan tersebut.
Ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang berpegang kepada konsep Nur Muhammad ini telah memberikan tafsiran yang sekali-kali tidak bercanggah dengan 'aqidah dan syariah Islam serta disandarkan kepada dalil-dalil yang boleh dipegangi. Secara ringkasnya mereka berpegang bahawa:-

1.




Nur Muhammad adalah makhluk yang diciptakan Allah paling awal di alam arwah dan merupakan roh Junjungan s.a.w.
2.



Nur Muhammad ini dicipta daripada nur yang juga dicipta dan dimiliki Allah, yang mana hakikatnya tidak diketahui kerana ianya merupakan ilmu Allah s.w.t. semata-mata dan bukanlah erti "nur" itu cahaya atau sinar seumpama cahaya matahari atau lampu yang merupakan lawan bagi kegelapan atau sesuatu yang boleh menerima kegelapan.
3.



Nur Muhammad inilah yang menjadi asal atau benih atau dengan kata lain menjadi sebab bagi kewujudan sekalian makhluk lain.

Antara ulama tersohor lagi muktabar yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. Wahhabi tak pakai le) ialah Syaikhul Islam Ibrahim al-Baijuri/al-Bajuri rhm. Ulama besar yang menjadi Syaikhul Azhar, pengarang berbagai kitab pegangan antaranya yang masyhur "Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi" dalam fiqh Syafi`i. Dalam kitab tawhidnya "Tuhfatul Murid 'ala Jawharatit Tawhid", mukasurat 80, beliau menyatakan:-

*




"Dan yang tahqiqnya ialah bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. diutuskan kepada sekalian para nabi dan umat-umat terdahulu, akan tetapi dii'tibarkan pada alam arwah kerana sesungguhnya roh baginda telah diciptakan sebelum segala arwah yang lain...."

Jadi roh Junjungan s.a.w. adalah paling awal dicipta di alam arwah dan telah pun mencapai darjat rasul dan nabi di mana segala arwah lain dari segala nabi dan umat-umat mereka dikehendaki untuk mengakui dan menerima kerasulan dan kenabian Junjungan s.a.w. tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan firmanNya : "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya...." (Surah Saba` : 28).
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Nur Nabi Muhammad Saaw
syarah Mawlid al-Barzanji mukasurat 4
Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani, ulama besar yang digelar sebagai Sayyidul Ulama-il-Hijaz, dalam "Madarijus Shu`ud" yang merupakan syarahnya bagi Mawlid al-Barzanji mukasurat 4 menulis:-

*



....(Nur yang bersifat dengan terdahulu) atas segala makhluk (dan pertama-tama) iaitu kejadiannya yang pertama dinisbahkan kepada segala makhluk sebagaimana dinyatakan dalam hadits Jabir yang menyatakan bahawasanya dia telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. mengenai apa yang paling awal diciptakan Allah, lalu dijawab oleh baginda s.a.w.: "Bahawasanya Allah telah mencipta, sebelum adanya sesuatu, nur nabimu, maka dijadikan nur tersebut beredar (berputar/berproses, Allah sahaja yang mengetahui hakikatnya) dengan kekuasaan qudrahNya menurut yang dikehendaki Allah. Dan belum ada pada waktu itu loh, qalam, syurga, neraka, malaikat, manusia, jin, bumi, langit, matahari dan bulan. Atas dasar ini dapatlah difahami bahawa nur tersebut adalah satu jawhar dan bukannya 'aradh (sifat).....:

Pada mukasurat 56, beliau menyebut:-

*



"Dengan Haqiqat Muhammadiyyah dan Nur Muhammad yang dimaksudkan adalah suatu hakikat kejadian yang diciptakan oleh Allah dan dinamakan nur dan bukanlah arti nur itu sesuatu yang boleh menerima kegelapan atau menjadi lawan kepada gelapan, bahkan yang dikehendaki ialah suatu hakikat yang tiada mengetahui kejadiannya selain Allah ta`ala.

Jadi Syaikh Nawawi yang merupakan seorang pengarang yang produktif dan menjadi guru dan sanad kepada ramai ulama-ulama kita termasuklah Kiyai Agung Muhammad as-Suhaimi Ba Syaiban, berpegang kepada konsep Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama diciptakan Allah s.w.t. Dan beliau menjelaskan bahawa Nur Muhammad ini adalah satu jawhar (yakni jawhar yang lathif/halus/seni) dan bukannya satu aradh atau sifat yang menumpang pada sesuatu jawhar atau jisim atau dzat. Justru Nur Muhammad ini adalah satu makhluk ciptaan Allah, yang paling awal diciptakan dan ia adalah ruhul a'dhzam, roh Junjungan Nabi s.a.w. yang menjadi sebab bagi diwujudkan Allah segala makhluk lain. Maka hakikat kejadian Nur Muhammad ini tidaklah kita ketahui, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui seperti juga dengan roh yang merupakan jisim lathif kita.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Nur Muhammad Saaw
Syarah Al-Bajuri "alal Burdah


Kalam Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri/al-Baijuri dalam "Haasyiah al-Bajuri 'ala Matnil Burdah" yang juga dikenali sebagai "Syarah al-Bajuri 'alal Burdah" berkenaan Qasidah Burdah yang berkat. Dalam kitabnya ini juga dinyatakan serba sedikit kelebihan beberapa bait Qasidah Burdah tersebut. Pada mukasurat 30, Syaikhul Islam menyatakan, antara lain:-

*



Dan setiap mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka, tidak akan terhubung dengan mereka (yakni tidak sampai kepada mereka atau tidak berlaku atas mereka) melainkan daripada mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ataupun daripada nur baginda s.a.w. yang menjadi asal bagi segala sesuatu, maka langit dan bumi adalah daripada nur baginda, syurga dan neraka adalah daripada nur baginda dan mukjizat para nabi adalah daripada nur baginda .......... dan yang dikehendaki dengan nur baginda ialah mukjizat baginda dan dinamakan ianya sebagai nur kerana dia memimpin atau menyuluh (ke arah hidayah) dan boleh juga ditanggung makna nur ini kepada an-Nurul Muhammadiy (Nur Muhammad) yang merupakan asal segala makhluk ........ jika dikatakan kenapa atau bagaimana boleh berlaku mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka adalah daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan para nabi tersebut adalah lebih dahulu ada ? Maka jawabannya ialah baginda s.a.w. (yakni Junjungan Nabi s.a.w.) adalah terlebih dahulu wujudnya atas segala nabi tersebut diambilkira dari segi kejadian an-Nur al- Muhammadiy (yakni Nur Muhammad telah dahulu adanya sebelum para nabi yang lain).

Syaikh Khalid al-Azhari rhm. dalam syarahnya terhadap Qasidah Burdah yang dicetak dipinggir hasyiah Syaikhul Islam al-Bajuri tersebut pada mukasurat 31 menyatakan:-

*



Bahawasanya segala tanda-tanda kenabian (yakni segala mukjizat) yang didatangkan dengannya oleh para rasul sesungguhnya berhubung dengan mereka daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. kerana bahawasanya telah dicipta nur baginda terdahulu daripada mereka.

Nur Muhammad adalah makhluk yang paling awal diciptakan dan menjadi asal atau sebab bagi wujudnya segala sesuatu, yang mana jika Allah tidak berkehendak untuk mewujudkan kekasihNya Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. di alam nyata, maka sudah tentu segala makhluk tidak dijadikanNya. Allah berfirman dalam surah al-Anbiya`, ayat 107 yang kira-kira maksudnya: "Tidak Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam." Berdasarkan kepada ayat ini, dapat kita fahami bahwa Junjungan Nabi s.a.w. adalah rahmat dan rahmat ini bagi sekalian alam, oleh itu demi untuk mewujudkan atau menzahirkan rahmat ini, maka Allah pun menciptakan alam semesta ini.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Nur Muhammad Saaw

Qadhi 'Iyyadh al-Yahsubi dalam kitabnya "asy-Syifa` bi ta'riifi huquuqil Musthofa" mukasurat 83 meriwayatkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma bahawasanya :-

*



Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-" Adalah roh baginda merupakan satu nur di sisi dua tangan Allah ta'ala (yakni di sisi qudrah dan iradah Allah ta`ala) sebelum diciptakan Nabi Adam 2000 tahun. Nur tersebut bertasbih dan bertasbih bersamanya segala malaikat. Maka apabila Allah mencipta Nabi Adam, disimpankan Nur tersebut ke dalam sulbinya. "
*


Selanjutnya Junjungan s.a.w. menyambung: " Maka Allah telah menurunkan aku ke bumi dalam sulbi Nabi Adam, dan dijadikanNya aku dalam sulbi Nabi Nuh, dan diletakkanNya aku dalam sulbi Nabi Ibrahim, kemudian sentiasalah Allah ta`ala memindah-mindahkan aku dari sulbi-sulbi yang mulia ke rahim-rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku daripada kedua ibu bapaku, sedangkan mereka sekali-kali tidaklah berbuat keji (yakni semua leluhur Junjungan s.a.w. tidak pernah melakukan zina, semuanya bernikah secara sah).

Selanjutnya Qadhi Iyyadh menyatakan bahawa antara bukti untuk menguatkan kesahihan khabar ini adalah syair al-Abbas yang masyhur pada memuji Junjungan Nabi s.a.w. Mulla 'Ali al-Qari dalam syarahnya bagi kitab "asy-Syifa`" tersebut pada mukasurat 199, juzuk 1, menyatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Abu 'Amr al-'Adni dalam musnadnya. Beliau juga menyatakan bahawa pada kebanyakkan riwayat lafaz "Inna Quraisyan (Bahawasanya seorang quraisy (yakni Junjungan Nabi s.a.w.)" digunakan. Hadis inilah yang dinukil oleh Syaikh Wajihuddin 'Abdur Rahman ad-Diba`ie, yang juga seorang ahli hadis, dalam mawlidnya yang terkenal itu. Imam al-Haddad juga menukil hadis ini dalam kitabnya "Sabilul Iddikar", maka terserahlah kepada kalian.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Nur Nabi Muhammad Saw

Habib Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil BinYahya al-'Alawi al-Husaini asy-Syafi`i, Mufti Betawi yang terkenal menulis dalam kitabnya "az-Zuhrul Baasim fi Athwaari Abil Qaasim s.a.w. ":-
....Maka sekalian anbiya` 'alaihimus sholatu was salam dijadikan mereka itu daripada cahaya Nabi Muhammad s.a.w. dan memberi tasbih oleh cahaya itu pada Allah ta`ala, maka sekalian malaikat memberi tasbih pada Allah ta`ala dengan tasbihnya cahaya itu di dalam masa 2000 tahun. Maka kemudian daripada itu, maka dijadikan oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s. (yakni jasad baginda) dan ditaru(h) padanya cahaya Nabi Muhammad s.a.w., maka diperintah oleh Allah ta`ala akan sekalian malaikat bersujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Maka setelah itu diambil maka diambil oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s. perjanjian bahawa ia memelihara akan cahaya itu turun - temurun. Maka dengan taqdir Allah berpinda(h)-pinda(h)lah itu pada anak cucu Nabi Adam dari nabi-nabi dan wali-wali hingga pada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Isma`il a.s. dan turun-temurun pula hingga pada 'Abdul Muthallib ibnu Hasyim iaitu kake(k)nya Rasulullah s.a.w. yang masyhur di negeri Makkah mempunyai pangkat besar lagi murah dua tangannya memberi sedekah dan jamu-jamuan pada orang-orang hingga binatang-binatang di hutan diberi makan padanya. Pada masa diperanakkan 'Abdullah anaknya 'Abdul Muthallib, maka berpindahlah cahaya Nabi Muhammad dari 'Abdul Muthallib kepada anaknya 'Abdullah itulah ayahanda Rasulullah s.a.w.........

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syaikh Ismail Haqqi rhm. pengarang kitab tafsir "Ruhul Bayan" pada jilid 2, mukasurat 370 menyatakan pula:-

*




"....Dan dinamakan Junjungan Rasul itu sebagai nur kerana seawal-awal sesuatu yang dizahirkan/diwujudkan Allah dengan nur qudrahNya (yakni dengan kekuasaanNya) dari kegelapan 'adam (ketidakwujudan) adalah Nur Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis: "Seawal-awal yang diciptakan Allah ialah nurku".......
Ikhwah, Imam al-FakhrurRazi dalam tafsirnya yang masyhur "Mafaatihul Ghaib" juzuk 6, menyatakan bahawa sujudnya para malaikat sebagai tanda hormat kepada Nabi Adam a.s. adalah dikeranakan Nur Muhammad a.s. yang berada di dahi Nabi Adam a.s. Imam asy-Syahrastani dalam 'Milal wan Nihal" juga menceritakan bahawa gajah-gajah Abrahah menyungkur sujud menundukkan kepadanya kepada Abdul Mutallib kerana Nur Muhammad s.a.w. yang ada di dahinya. Inilah antara bukti kewujudan dan kebesaran Nur Muhammad s.a.w. yang merupakan roh Junjungan kita.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syaikh 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani dalam "al-Yawaaqiit wal Jawaahir" menyebut:-

*




... Maka sekiranya ditanya: Apakah yang terawal dizahirkan (diwujudkan) selepas dibelah/dipecah mega/tabir ketidakwujudan (yakni selepas Allah berkehendak untuk mewujudkan makhluk dengan menamatkan 'adamnya makhluk) ? Jawapannya adalah seperti kata Syaikh Taqiyuddin bin Abu Mansur, bahawasanya seawal-awal makhluk yang diwujudkan selepas dirobek mega ketidakwujudan adalah Junjungan Nabi s.a.w., maka dengan demikian berhaklah Junjungan Nabi s.a.w. sebagai yang terawal daripada segala yang awal (daripada sekalian makhluk), maka Junjunganlah bapa bagi segala ruhaniyyah sebagaimana Adam a.s. menjadi bapa bagi segala jisim jasmaniyyah.
Nur Nabi Muhammad Saw
Quthubul Habib 'Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi rhm. dalam mawlidnya "Simthud Durar" menulis antara lain:-

* ......Telah sampai kepada kami dalam hadits-hadits yang masyhur, bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan dalam pribadi ini (yakni Junjungan Nabi s.a.w.). Maka nur insan tercinta inilah makhluk pertama muncul di alam semesta, daripadanya bercabang seluruh wujud ini, ciptaan demi ciptaan, yang baru datangnya ataupun yang sebelumnya (yang yang terlebih dahulu datangnya dari yang kemudian).
*
Sebagaimana diriwayatkan Abdur Razzaaq dengan sanadnya sampai kepada Jaabir bin 'Abdullah al-Anshaari (semoga ridha Allah atas keduanya): "Bahawasanya ia pernah bertanya: "Demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah, Beritahukanlah kepadaku tentang suatu yang dicipta Allah sebelum segalanya yang lain (yakni sebelum segala makhluk yang lain). Jawab baginda: "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur nabimu Muhammad s.a.w. dari nurNya sebelum sesuatu yang lain."

Ikhwah, jika dikatakan bahawa Allah menciptakan nur Muhammad ini daripada nurNya, maka yang dimaksudkan di sini adalah nur yang menjadi milik Allah, bukannya sebahagian daripada zat Allah yang Maha Suci dan Maha Esa daripada berjuzuk-juzuk dan berpisah-pisah. Inilah yang dikatakan idhafah tasyrifiyyah iaitu suatu sandaran untuk memuliakan sesuatu. Sama seperti kita sandarkan bait (rumah) kepada Allah seperti BaitUllah (rumah Allah) atau ka'baatUllah (ka'bah Allah) dan sebagainya. Sebahagian golongan tersesat kerana beranggapan bahawa nur Muhammad ini asalnya adalah sebahagian dari zat Allah kerana beranggapan bahawa nur itu adalah sebahagian daripada zat Allah. Ini menjadikan pegangan mereka seumpama pegangan nasrani terhadap ketuhanan Nabi Isa a.s. Jelas ini bukanlah pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kita berpegang bahawa Nur Muhammad ini adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak lebih daripada itu walau betapa hebat dan agungnya ciptaan ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'raawi dalam "Anta tas-al wal Islam yajib" , cetakan Darul Muslim, Qahirah, tahun 1982 / 1402, juzuk 1, mukasurat 41 telah ditanya berhubung an-Nur al-Muhammadiy dan permulaan penciptaan. Soalannya lebih kurang:-

* Telah warid dalam hadis: "Bahawa Jabir bin 'Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: "Apa yang awal-awal diciptakan Allah ?", lalu Junjungan bersabda:"Nur nabimu, wahai Jabir." Bagaimana disesuaikan/diselarikan hadis ini dengan bahawa seawal makhluk itu Adam dan dia daripada tanah ?

Antara jawapan Syaikh Mutawalli:-

* Daripada kesempurnaan yang mutlak dan dari segi tabi`ienya, bahawa Allah memulakan penciptaan dengan menciptakan makhluk yang tinggi, kemudian diambil daripadanya akan yang rendah. Tidaklah masuk akal, bahawa diciptakan bahan baku materi / material / unsur tanah (al-maadah ath-thiniyyah) dahulu kemudian baru Dia mencipta daripadanya Muhammad, kerana sesungguhnya insan yang paling tinggi adalah para rasul, dan yang tertinggi daripada mereka adalah Muhammad bin 'Abdullah.
* Oleh itu, tidak sah (dikatakan) bahawa diciptakan unsur materi kemudian diciptakan daripadanya Muhammad. Tak dapat tiada bahawa jadilah an-Nur al-Muhammadiy itulah yang wujud dahulu, dan daripada an-Nur al-Muhammadiy timbulnya segala sesuatu, dan jadilah hadis Jabir itu benar......

Jelas daripada jawapan tersebut Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi termasuk ulama yang menerima kebenaran hadis Jabir r.a. Sebenarnya sandaran untuk konsep Nur Muhammad ini bukanlah hanya pada hadis Jabir ini sahaja, tetapi ada lagi hadis-hadis yang dijadikan sandaran. Silalah tuan-tuan rujuk segala kitab karangan ulama kita. Bahkan, jika ada pun yang menolak tsabitnya hadis Jabir, maka tidak bermakna mereka juga menolak konsep Nur Muhammad. Oleh itu selayaknya kita menghormati perbezaan pendapat dengan lapang dada tanpa saling tuduh - menuduh, kerana jari yang kau tuding itu mungkin mencucuk mata para ulama yang kita disuruh memuliakan mereka.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Nur Nabi Muhammad Saaw
Hadits Jabir berhubung Nur Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam 'Abdur Razzaq terus menjadi pertikaian. Sebahagian mentsabitkannya, manakala sebahagian lagi menolaknya dengan alasan ianya tidak dijumpai termaktub dalam Musannaf beliau. Sebahagian menjadikan ketakwujudan atau mungkin ketakjumpaan hadits tersebut dalam Musannaf sebagai alasan untuk menolak dan membid'ahsesatkan konsep Nur Muhammad. Manakala sebahagian lagi yang menolak tsabitnya hadits Jabir tersebut, tidak pula menolak konsep Nur Muhammad, cuma menolak pentsabitan hadits tersebut. Walau apa pun, wujudnya perbezaan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini termasuk dalam perkara khilafiyyah yang berlaku di kalangan ulama. Maka sewajarnya kita menjaga adab dalam perkara ini demi keutuhan ukhuwwah dan perpaduan umat sejagat.

Majalah Dakwah Bulanan yang dibawah penyeliaan dan pimpinan Habib Taufiq as-Segaf, "Cahaya Nabawiy" edisi No. 63 Tahun VI Rajab 1429, turut memuatkan jawapan pengasuh ruangan Istifta'nya, Ustaz Muhibbul Aman Aly, berhubung hadits Nur Muhammad ini.


Hadits tentang Nur Nabi Muhammad SAW ini diriwayatkan oleh Imam Abdur Rozaq. Hadits ini disebutkan oleh beberapa ulama dengan riwayat dari Abdur Rozaq, diantaranya disebutkan oleh Syekh Sa'dud Din at-Taftazani dalam kitab "Syarh Burdatul Madikh", Syekh Sulayman al-Jamal dalam kitab "Syarh al-Syamail", Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami dalam kumpulan fatwa haditsnya, Syekh Ahmad al-Showi al-Maliki dalam kitab "Bulghotus Salik", Syekh Abdulloh al-Khifaji dalam kitab "al-Siroh al-Halabi" dan ulama-ulama lainnya. Ada sebahagian orang yang meragukan keberadaan hadits ini, karena redaksi hadits ini tidak ditemukan dalam kitab Musnad (kumpulan hadits) Abdur Rozaq yang beredar saat ini, tetapi alasan ini tidak kuat, karena terbukti para ulama dahulu banyak mengutip hadits ini dari riwayat Abdur Rozaq. Ini bererti redaksi hadits ini termuat dalam manuskrip kitab Musnad Abdur Rozaq yang beredar pada zaman dahulu, dan yang beredar saat ini bukan manuskrip yang lengkap sebagaimana yang diterima oleh para ulama pada masa dahulu.

Pada tahun 1428H / 2007M, Syekh 'Isa bin Abdulloh al-Khimyari, seorang ulama ahli hadits, mengaku telah menemukan manuskrip kuno kitab Musnad Abdur Rozaq yang didalamnya tertulis beberapa hadits yang tidak ditemukan dalam cetakan yang beredar saat ini. Termasuk di dalamnya hadits tentang Nur Muhammad SAW ini. Meskipun penemuan ini masih diragukan oleh sebahagian kalangan, yang jelas hadits ini telah banyak dinukil oleh para ulama terdahulu. Ini sudah cukup membuktikan keberadaannya. Terlepas dari perbedaan pendapat para ahli hadits tentang kesahihannya.

Beginilah kedudukan hadits Nur Muhammad yang diriwayatkan oleh Sayyidina Jabir r.a. Dalam penolakan sebahagian, sebahagian pula menerima dan mentsabitkannya. Apa yang jelas, para ulama daripada kalangan habaib Bani 'Alawi pada umumnya menerima dan berpegang dengan hadits tersebut sebagaimana termaktub dalam karya Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi yang termasyhur "Simthud Durar"
Nur Nabi Muhammad Saw
Sumber Informasi Diambil dari Beberapa Kitab Islam Lama .
Penyusun : Maharasky Syah .

Suatu hari Sayidina Ali, karam Allahu wajhahu, misanan dan menantu Nabi Suci s.a.w. bertanya,

“Wahai Rasulallah, kedua orang tuaku akan menjadi jaminanku, mohon katakan padaku apa yang diciptakan Allah Ta’Ala sebelum semua makhluq ciptaan?”
Berikut ini adalah jawaban nya yang indah :
Sesungguhnya, sebelum Rabb mu menciptakan lainnya, Dia menciptakan dari Nur Nya nur Nabimu, dan Nur itu diistirahatkan haithu mashaAllah, dimana Allah menghendakinya untuk istirahat. Dan pada waktu itu tidak ada hal lainnya yang hadir – tidak lawh al-mahfoudh, tidak Sang Pena, tidak Surga ataupun Neraka, tidak Malaikat Muqarabin (Angelic Host), tidak langit ataupun dunia; tiada matahari, tiada rembulan, tiada bintang, tiada jinn atau manusia atau malaikat– belum ada apa-apa yang diciptakan, kecuali Nur ini.

Kemudian Allah – Subhan Allah – dengan iradat Nya menghendaki adanya ciptaan. Dia kemudian membagi Nur ini menjadi empat bagian.

Dari bagian pertama Dia menciptakan Pena,

Kini telah diketahui bahwa ketika Allah menciptakan lawh al-mahfoudh dan Pena, pada Pena itu terdapat seratus simpul, jarak antara kedua simpul adalah sejauh dua tahun perjalanan. Allah kemudia memerintahkan Pena untuk menulis, dan Pena bertanya, “Ya Allah, apa yang harus saya tulis?” Allah berkata, “Tulislah : la ilaha illAllah, Muhammadan Rasulullah.” Atas itu Pena berseru, “Oh, betapa sebuah nama yang indah, agung Muhammad itu bahwa dia disebut bersama Asma Mu yang Suci, ya Allah.”
Allah kemudian berkata, “Wahai Pena, jagalah kelakuan mu ! Nama ini adalah nama Kekasih Ku, dari Nurnya Aku menciptakan Arsy dan Pena dan lawh al-mahfoudh; kamu, juga diciptakan dari Nur nya. Jika bukan karena dia, Aku tidak akan menciptakan apapun.” Ketika Allah S.W.T. telah mengatakan kalimat tersebut, Pena itu terbelah dua karena takutnya akan Allah, dan tempat dari mana kata-katanya tadi keluar menjadi tertutup/terhalang, sehingga sampai dengan hari ini ujung nya tetap terbelah dua dan tersumbat, sehingga dia tidak menulis, sebagai tanda dari rahasia ilahiah yang agung. Maka, jangan seorangpun gagal dalam memuliakan dan menghormati Nabi Suci, atau menjadi lalai dalam mengikuti contoh nya (Nabi) yang cemerlang, atau membangkang/meninggalkan kebiasaan mulia yang diajarkannya kepada kita.
Kemudian Allah memerintahkan Pena untuk menulis. “Apa yang harus saya tulis, Ya Allah?” bertanya Pena. Kemudian Rabb al Alamin berkata, “Tulislah semua yang akan terjadi sampai Hari Pengadilan !” Berkata Pena, “Ya Allah, apa yang harus saya mulai?” Barkata Allah, “Kamu harus memulai dengan kata-kata ini : Bismillah al-Rahman al-Rahim.” Dengan rasa hormat dan takut yang sempurna, kemudian Pena bersiap untuk menulis kata-kata itu pada Kitab (lawh al-mahfoudh), dan dia menyelesaikan tulisan itu dalam 700 tahun.
Ketika Pena telah menulis kata-kata itu, Allah S.W.T. berbicara dan berkata, “Telah memakan 700 tahun untuk kamu menulis tiga Nama Ku; Nama Keagungan Ku, Kasih Sayang Ku dan Empati Ku. Tiga kata-kata yang penuh barakah ini saya buat sebagai sebuah hadiah bagi ummat Kekasih Ku Muhammad.
Dengan Keagungan Ku Aku berjanji bahwa bilamana abdi manapun dari ummat ini menyebutkan kata Bismillah dengan niat yang murni, Aku akan menulis 700 tahun pahala yang tak terhitung untuk abdi tadi, dan 700 tahun dosa akan Aku hapuskan.
Dari bagian kedua lawh al-mahfoudh,
Dari bagian ketiga Arsy.
Sekarang (selanjutnya), bagaian ke-empat dari Nur itu Aku bagi lagi menjadi empat bagian :

1. Dari bagian pertama Aku ciptakan Malaikat Penyangga Singgasana (hamalat al-`Arsh);
2. Dari bagian kedua Aku ciptakan Kursi, majelis Ilahiah (Langit atas penyangga Singgasana Ilahiah, `Arsh);
3. Dari bagian ketiga Aku ciptakan seluruh malaikat (makhluq) langit lainnya;

4.Dan bagian ke-empat Aku bagi lagi menjadi empat bagian:

* dari bagian pertama Aku membuat semua langit,
* dari bagian kedua Aku membuat bumi-bumi ,
* dari bagian ketiga Aku membuat Jinn dan api.
* Bagian keempat Aku bagi lagi menjadi empat bagian :


* dari bagian pertama Aku membuat cahaya yang menyoroti muka kaum beriman;
* dari bagian kedua Aku membuat cahaya di dalam jantung mereka, merendamnya dengan ilmu ilahiah;
* dari bagian ketiga cahaya bagi lidah mereka yang adalah cahaya Tawhid (Hu Allahu Ahad),
*

dan dari bagian keempat Aku membuat berbagai cahaya dari ruh Muhammad s.a.w..

Ruh yang cantik ini diciptakan 360,000 tahun sebelum penciptaan dunia ini,
dan itu dibentuk sangat (paling) cantik dan dibuat dari bahan yang tak terbandingkan.

Kepalanya dibuat dari petunjuk, lehernya dibuat dari kerendahan hati,
Matanya dari kesederhanaan dasn kejujuran, dahinya dari kedekatan (kepada Allah),
Mulutnya dari kesabaran, lidahnya dari kesungguhan,
Pipinya dari cinta dan ke-hati-hati-an,
Perutnya dari tirakat terhadap makanan dan hal-hal keduniaan,
Kaki dan lututnya dari mengikuti jalan lurus,
dan jantungnya yang mulia dipenuhi dengan rahman.
Ruh yang penuh kemuliaan ini diajari dengan rahmat dan dilengkapi dengan adab semua kekuatan yang indah. Kepadanya diberikan risalahnya dan kualitas kenabiannya dipasang.
Kemudian Mahkota Kedekatan Ilahiah dipasangkan pada kepalanya yang penuh barokah, masyhur dan tinggi diatas semua lainnya, didekorasi dengan Ridha Ilahiah dan diberi nama Habibullah (Kekasih Allah) yang murni dan suci.

Duabelas Tabir { 12 Bulan, 12th Rabil Awal, 12 suku, 12 Menunjukkan Penuntasan}

Sesudah ini Allah S.W.T., menciptakan duabelas tabir.
Yang pertama dari itu adalah Tabir Kekuatan didalam mana Ruh Nabi s.a.w. mukim (tinggal) selama 12,000 tahun, membaca Subhana rabbil-’ala (Maha Suci Rabb-ku, Maha Tinggi).
Yang kedua adalah Tabir Kebesaran dalam mana dia ditutupi selama 11,000 tahun, berkata, Subhanal ’Alim al-Hakim (Maha Suci Rabb-ku, Maha Tahu, Maha Bijak).
Dia dipingit selama 10,000 tahun dalam Tabir Kebaikan, mengucapkan Subhana man huwa da’im, la yaqta (Maha Suci Rabb-ku Yang Abadi, Yang Tidak Berakhir).
Tabir ke-empat adalah Tabir Rahman, disitu ruh mulia itu tinggal selama 9,000 tahun, memuja Allah, berkata: Subhana-rafi’-al-`ala (Maha Suci Rabb ku Yang Ditinggikan, Maha Tinggi).
Tabir kelima adalah Tabir Nikmat, dan di situ tinggal selama 8,000 tahun, mengagungkan Allah dan berkata, Subhana man huwa qa’imun la yanam. (Maha Suci Rabb-ku Yang Selalu Ada, Yang Tidak Tidur).
Tabir ke-enam adalah Tabir Kemurahan; dimana dia tinggal selama 7,000 tahun, memuja, Subhana-man huwal-ghaniyu la yafqaru (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Kaya, Yang Tidak Pernah Menjadi Miskin).Kemudian diikuti tabir ke tujuh, Tabir Kedudukan. Disini ruh tercerahkan itu tinggal selama 6,000 tahun, memuja Allah dan berkata : Subhana man huwal Khaliq-an-Nur (Maha Suci Rabb-ku Maha Pencipta, Maha Cahaya Light).
Berikutnya, Dia menyelimutinya dengan tabir ke delapan, Tabir Petunjuk dimana dia tinggal selama 5,000 tahun, memuja Allah dan berkata, Subhana man lam yazil wa la yazal. (Maha Suci Rabb-ku Yang Keberadaan Nya Tak Pernah Berhenti, Yang Tidak Musnah).
Kemudian diikuti tabir ke sembilan, yaitu Tabir Kenabian dimana dia tinggal selama 4,000 tahun, mengagungkan Allah: “Subhana man taqarrab bil-qudrati wal-baqa.” (Maha Suci Rabb-ku yang Mengajak Dekat dengan Maha Kuat dan Maha Langgeng).
Kemudian datang Tabir Keunggulan, tabir ke sepuluh dimana ruh yang tercerahkan ini tinggal selama 3,000 tahun, membaca pepujian untuk Pencipta dari Semua Sebab, berkata, “Subhana dhil-’arshi ‘amma yasifun.” (Maha Suci Rabb-ku Pemilik Singgasana Diatas Semua Karakter Yang Dilekatkan Kepada Nya).
Tabir ke-sebelas adalah Tabir Cahaya. Disana dia tinggal selama 2,000 tahun, berdoa, “Subhana dhil-Mulk wal-Malakut.” (Maha Suci Rabb-ku Maha Raja semua Kerajaan Langit dan Bumi).
Tabir ke-dua belas adalah Tabir Intervensi (Syafa’at), dan disana dia tinggal selama 1,000 tahun, berkata “Subhana-rabbil-’azhim” (Maha Suci Rabb-ku, Maha Anggun).

Penciptaan AHMAD Tercinta
Setelah itu Allah menciptakan sebuah pohon yang dikenal sebagai Pohon Kepastian.
Pohon ini memiliki empat cabang. Dia menempatkan ruh yang diberkahi tadi pada salah satu cabang, dan dia terus menerus memuja Allah untuk 40,000 tahun, mengatakan, Allahu dhul-Jalali wal-Ikram. (Allah, Pemilik Keperkasaan dan Kebaikan).
Setelah dia memuja Nya demikian itu dengan pepujian yang banyak dan beragam, Allah S.W.T. menciptakan sebuah cermin, dan Dia meletakannya demikian hingga menghadapi ruh Habibullah, dan memerintahkan ruh itu untuk memandangi cermin itu.
Ruh itu melihat ke dalam cermin dan melihat dirinya terpantul sebagai pemilik bentuk yang paling cantik/ bagus dan sempurna.
Dia kemudian membaca lima kali, Shukran lillahi ta’ala (terima kasih kepada Allah, Maha Tinggi Dia), dan tersungkur dalam posisi sujud dihadapan Rabb-nya. Dia tetap bersujud seperti itu selama 100 tahun, mengatakan Subhanal-aliyyul-azhim, wa la yajhalu. (Maha Suci Rabb ku Maha Tinggi Maha Anggun, Yang Tidak Mengabaikan Apapun); Subhanal-halim alladhi la yu’ajjalu. (Maha Suci Rabb-ku Maha Toleran, Yang Tidak Tergesa-gesa); Subhanal-jawad alladhi la yabkhalu. (Maha Suci Rabb ku Maha Pemurah Yang Tidak Pelit).
Karena itulah Penyebab (Adanya) Makhluq mewajibkan ummat Muhammad s.a.w. untuk melakukan sujud (sajda) lima kali dalam sehari– lima shalat dalam jangka waktu siang sampai malam ini adalah sebuah hadiah kehormatan bagi ummat Muhammad s.a.w..

Dari Nur Muhammad
Berikutnya Allah menciptakan sebuah lampu jamrut hijau dari Cahaya,
dan dilekatkan pada pohon itu melalui seuntai rantai cahaya.
Kemudian Dia menempatkan ruh Muhammad s.a.w. di dalam lampu itu dan memerintahkannya untuk memuja Dia dengan Nama Paling Indah (Asma al-Husna).
Itu dilakukannya, dan dia mulai membaca setiap satu dari Nama itu selama 1,000 tahun.

Ketika dia sampai kepada Nama ar-Rahman (Maha Kasih), pandangan ar-Rahman jatuh kepadanya dan ruh itu mulai berkeringat karena kerendahan hatinya.
Tetesan keringat jatuh dari padanya, sebanyak yang jatuh itu menjadi nabi dan rasul, setiap tetes keringat beraroma mawar berubah menjadi ruh seorang nabi.
Mereka semua berkumpul di sekitar lampu di pohon itu, dan Azza wa Jala berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Lihatlah ini sejumlah besar nabi yang Aku ciptakan dari tetesan keringatmu yang menyerupai mutiara.”
Mematuhi perintah ini, dia memandangi mereka itu, dan ketika cahaya mata itu menyentuh menyinari objek itu, maka ruh para nabi itu sekonyong konyong tenggelam dalam Nur Muhammad s.a.w., dan mereka berteriak, “Ya Allah, siapa yang menyelimuti kami dengan cahaya?”
Allah menjawab mereka, “Ini adalah Cahaya dari Muhammad Kekasih Ku, dan kalau kamu akan beriman kepadanya dan menegaskan risalah kenabiannya, Aku akan menghadiahkan kepada kamu kehormatan berupa kenabian.”
Dengan itu semua ruh para nabi itu menyatakan iman mereka kepada kenabiannya, dan Allah berkata, “Aku menjadi saksi terhadap pengakuanmu ini,” dan mereka semua setuju. Sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang Suci:
Dan ketika Allah bersepakat dengan para nabi itu : Bahwa Aku telah memberi kamu Kitab dan Kebijakan; kemudian akan datang kepadamu seorang Rasul yang menegaskan kembali apa-apa yang telah apa padamu–kamu akan beriman kepadanya dan kamu akan membantunya; apa kamu setuju? Dia berkata. Dan apakah kamu menerima beban Ku kepadamu dengan syarat seperti itu. Mereka berkata, ‘Benar kami setuju.’ Allah berkata, ‘Bersaksilah demikian, dan Aku akan bersama kamu diantara para saksi.’
(Ali Imran, 3:81) وَإِذْ أَخَذَ اللّهُ مِيثَا قَا لنَّبِيِّيْنَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَا بٍ وَ حِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءكُمْ رَ سُو لٌ مُّصَدِّ قٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْ مِنُنَّ بِهِ وَ لَتَنصُرُ نَّهُ قَالَ أَأَ قْرَ رْ تُمْ وَ أَ خَذْ تُمْ عَلَى ذَ لِكُمْ إِ صْرِ ي قَا لُواْ أَ قْرَ رْ نَا قَالَ فَا شْهَدُ و اْ وَ أَ نَاْ مَعَكُم مِّنَ ا لشَّا هِدِ ينَ Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi:` Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa Kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya `. Allah berfirman:` Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu? `Mereka menjawab:` Kami mengakui `. Allah berfirman:` Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu `. (QS. 3:81)
Kemudian ruh yang murni dan suci itu kembali melanjutkan bacaan Asma ul Husna lagi.

Ketika dia sampai kepada Nama al-Qahhar, kepalanya mulai berkeringat sekali lagi karena intensitas dari al Qahhar itu, dan dari butiran keringat itu Allah menciptakan ruh para malaikat yang diberkati.
Dari keringat pada mukanya, Allah menciptakan Singgasana dan Hadhirat Ilahiah,
Kitab Induk dan Pena, matahari, rembulan dan bintang -bintang.
Dari keringat di dadanya Dia menciptakan para ulama, para syuhada dan para mutaqin.
Dari keringat pada punggungnya dibuat lah Bayt-al-Ma’mur (rumah surgawi),
Kabatullah (Kaba), dan Bayt-al-Muqaddas (Haram Jerusalem),
dan Rauda-i-Mutahhara (kuburan Nabi Suci s.a.w.di Madinah), begitu juga semua mesjid di dunia ini.
Dari keringat pada alisnya dibuat semua ruh kaum beriman, dan dari keringat punggung bagian bawahnya (the coccyx) dibuatlah semua ruh kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung.
Dari keringat di kaki nya dibuatlah semua tanah dari timur ke barat, dan semua apa-apa yang berada didalamnya. Dari setiap tetes keringatlah ruh seorang beriman atau tak-beriman dibuatnya. Itulah sebabnya Nabi Suci s.a.w.disebut juga sebagai “Abu Arwah”, Ayah para Ruh. Semua ruh ini berkumpul mengelilingi ruh Muhammad s.a.w., berputar mengelilinginya dengan pepujian dan pengagungannya selama 1,000 tahun; kemudian Allah memerintahkan para ruh itu untuk memandang ruh Muhammad s.a.w..Para ruh mematuhi.

Siapa Memandang kepada Ruh Muhammad s.a.w.

Nah, di antara mereka yang pandangannya jatuh kepada kepalanya ditakdirkan menjadi raja dan kepala negara di dunia ini.
Mereka yang memandang kepada dahinya menjadi pemimpin yang adil.
Mereka yang memandang matanya akan menjadi hafiz Kalimat Allah (yaitu seorang yang memegangnya kedalam ingatannya).
Mereka yang memandang alisnya akan menjadi pelukis dan artist. Mereka yang memandang telinganya akan menjadi mereka yang menerima peringatan dan nasehat. Mereka yang melihat pipinya yang penuh barakah menjadi pelaksana karya yang bagus dan pantas.
Mereka yang melihat mukanya menjadi hakim dan pembuat wewangian, dan mereka yang melihat bibirnya yang penuh barokah menjadi menteri.

Barang siapa melihat mulutnya akan menjadi mereka yang banyak berpuasa.
Barangsiapa yang melihat giginya akan menjadi kelihatan bagus/cantik, dan siapa yang melihat lidahnya akan menjadi utusan /duta raja-raja.
Barang siapa melihat tenggorokannya yang penuh barokah akan menjadi khatib dan mu’adhdhin (yang mengumandangkan adhan). Barang siapa memandang janggutnya akan menjadi pejuang di jalan Allah.
Barang siapa memandang lengan atasnya akan menjadi seorang pemanah atau pengemudi kapal laut, dan
barang siap` melihat lehernya akan menjadi usahawan dan pedagang.

Siapa yang melihat tangan kananya akan menjadi seorang pemimpin,
siapa yang melihat tangan kirinya akan menjadi seorang pembagi (yang menguasai timbangan dan mengukur catu kebutuhan hidup).
Siapa yang melihat telapak tangannya menjadi seorang yang gemar memberi;
siapa yang melihat belakang tangannya akan menjadi kolektor.
Siapa yang melihat bagian dalam dari tangan kanannya menjadi seorang pelukis;
siapa yang melihat ujung jari tangan kanannya akan menjadi seorang calligrapher, dan
siapa yang melihat ujung jari tangan kirinya akan menjadi seorang pandai besi.
Siapa yang melihat dadanya yang penuh baraokah akan menjadi seorang terpelajar, meninggalkan keduniaan (ascetic) dan berilmu.
Siapa yang melihat punggungnya akan menjadi seorang yang rendah hati dan patuh pada hukum Shari’a.
Siapa yang melihat sisi badanya yang penuh barokah akan menjadi seorang pejuang.
Siapa yang melihat perutnya akan menjadi orang yang puas, dan
siapa yang melihat lutut kanannya akan menjadi mereka yang melaksanakan ruk’u dan sujud.
Siapa yang melihat kakinya yang penuh barokah akan menjadi reorang pemburu, dan
siapa yang melihat telapak kakinya menjadi mereka yang suka bepergian.
Siapa yang melihat bayangannya akan mejadi penyanyi dan pemain saz (lute).

Semua yang memandang tetapi tidak melihat apa-apa akan menjadi kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung. Mereka yang tidak memandang sama sekali akan menyatakan bahwa dirinya adalah tuhan, seperti Nimrod, Pharoah dan sejenisnya.

Kini semua ruh itu diatur dalam empat baris.

1. Di baris pertama berdiri ruh para nabi dan rasul, a.s.;
2. Di baris kedua ditempatkan ruh para orang suci, para sahabat Allah;
3. Di baris ketiga berdiri ruh kaum beriman, laki dan perempuan;
4. Di baris ke empat berdiri ruh kaum tak-beriman.


Semua ruh ini tetap berada dalam dunia ruh di hadhirat Allah S.W.T.sampai waktu mereka tiba untuk dikirim ke dunia fisik.
Tidak seorang pun tahu kecuali Allah S.W.T. yang tahu berapa selang waktu dari waktu diciptakannya ruh penuh barokah Nabi Muhammad sampai diturunkannya dia dari dunia ruh ke bentuk fisiknya itu.

Diceritakan bahwa Nabi Suci Muhammad s.a.w. bertanya kepada malaikat Jibra'il ,
“Berapa lama sejak engkau diciptakan?”
Malaikat itu menjawab, “Yaa Rasulullah, saya tidak tahu jumlah tahunnya,
yang saya tahu bahwa setiap 70,000 tahun seberkas cahaya gilang gemilang menyorot keluar dari belakang kubah Singgasana Ilahiah;
sejak waktu saya diciptakan cahaya ini muncul 12,000 kali.”

“Apakah engkau tahu apakah cahaya itu?” bertanya Muhammad s.a.w..
“Tidak, saya tidak tahu,” berkata malaikat itu. “Itu adalah Nur ruhku dalam dunia ruh,” jawab Nabi Suci s.a.w.. Pertimbangkan kemudian, berapa besar jumlah itu, jika 70,000 dikalikan 12,000 !
 
 
 
 
 
 
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar