Salam Mawlid

Bulan kelahiran Junjungan Nabi SAW  menjelang lagi. Marilah kita meluangkan masa untuk memperingati baginda  teristimewa pula pada saat-saat kelahiran baginda yang membawa rahmat  dan nikmat yang tiada tara bagi kita. Lumrah bagi kita untuk  menanti-nanti, menunggu-nunggu dan memperingati hari kelahiran diri  kita, isteri kita, anak-anak kita, maka di mana celanya jika kita juga  memperingati hari kelahiran manusia yang paling utama dan yang paling  berjasa terhadap kita melebihi jasa ibu dan ayah kita. Maka amatlah  wajar jika kita memberikan perhatian untuk memperingati kelahiran  Baginda SAW.
Kita peringati kelahiran baginda, antaranya; dengan muhasabah diri; sejauh mana kita mencintai baginda, sejauh mana kita mengikuti ajaran baginda, sejauh mana kita memuliakan baginda, anak cucu baginda dan segala waris baginda daripada kalangan ulama yang muktabar. Kita peringati kelahiran baginda dengan melakukan berbagai amal kebajikan seumpama bersedekah, berjamu makan, membaca al-Quran, berzikir, bersholawat, berqasidah memuji baginda dan sebagainya. Ingatlah kepada baginda setiap saat dan ketika, kerana baginda itu lebih utama daripada diri kita. Jika terdetik rasa diri yang hina mendahului baginda, itu tanda berkurangnya iman di dada. Hayati firman Allah Tuhan seru sekalian alam dalam surah al-Ahzab ayat 6:
Maka  berilah perhatian sewajarnya kepada Junjungan Nabi SAW, wahai  mereka-mereka yang mengaku beriman dan umatnya baginda. Telah menulis  'Alim terkemuka, Sayyidul Ulama al-Hijaz, al-'Alim al''Allaamah  asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin 'Umar bin 'Arabi al-Bantani al-Jawi 'alaihi rahmatul Baari dalam karya beliau : "Fathush Shomad al-'Aalim 'ala Mawlid asy-Syaikh Ahmad bin al-Qaasim" pada halaman 48 sebagai berikut:-Kita peringati kelahiran baginda, antaranya; dengan muhasabah diri; sejauh mana kita mencintai baginda, sejauh mana kita mengikuti ajaran baginda, sejauh mana kita memuliakan baginda, anak cucu baginda dan segala waris baginda daripada kalangan ulama yang muktabar. Kita peringati kelahiran baginda dengan melakukan berbagai amal kebajikan seumpama bersedekah, berjamu makan, membaca al-Quran, berzikir, bersholawat, berqasidah memuji baginda dan sebagainya. Ingatlah kepada baginda setiap saat dan ketika, kerana baginda itu lebih utama daripada diri kita. Jika terdetik rasa diri yang hina mendahului baginda, itu tanda berkurangnya iman di dada. Hayati firman Allah Tuhan seru sekalian alam dalam surah al-Ahzab ayat 6:
Tanbih:  Para ulama telah menyatakan bahawa sudah sewajarnya bagi seseorang  untuk menampakkan sikap memperindah dan menghias dirinya dengan memakai  pakaian-pakaian bagus pada malam kelahiran baginda Nabi yang mulia,. Ini  adalah kerana baginda adalah harapan kita di akhirat nanti (yakni  simpanan harapan untuk mendapatkan syafaat nanti). Mudah-mudahan Allah  merahmati seseorang yang menjadikan malam-malam pada bulan kelahiran  Junjungan Nabi SAW yang berkat ini seumpama hari-hari perayaan (yakni  saat - saat yang sentiasa ditunggu-tunggu dengan penuh kegembiraan dan  kesyukuran). Telah berkata Syaikh al-Mudabighi (yakni 'Alim Syafi`i yang  tangguh, Syaikh Hasan bin 'Ali bin Ahmad asy-Syafi`i al-Azhari al-Mudabighi alaihi rahmatul Baari):  " Memberikan perhatian dan mengambil berat terhadap waktu mawlid  Baginda Nabi yang mulia adalah di antara sebesar-besar cara untuk  bertaqarrub. Ianya terhasil dengan memberikan makanan (bersedekah),  membaca al-Quran dan qasidah-qasidah mengenai Baginda Nabi dan  seumpamanya daripada segala sesuatu yang tidak termasuk perkara haram  atau makruh ataupun khilaful awla. "


Tidak ada komentar:
Posting Komentar