ABDUL HAMID MUDJIB HAMID BERSHOLAWAT

Senin, 30 Mei 2011

Sholawat Al-Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf


Sholawat Al-Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf


Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf rahimahUllah dilahirkan di Kota Pekalongan, Jawa Tengah tetapi membesar di Kota Palembang. Sedari kecil beliau diasuh oleh waliyullah Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Thalib al-'Aththas. Pada usia 7 tahun, beliau diantar ke Hadhramaut untuk mendalami ilmu agamanya dengan para ulama di sana. Antara lain  yang menjadi guru beliau adalah Shohibul Mawlid Simthud Durar, Habib 'Ali al-Habsyi rahimahUllah dan Habib 'Alwi bin 'Abdullah asy-Syahab rahimahullah.

Habib Ahmad telah menjalani jalan tasawwuf dari kecil lagi dengan melakukan mujahadah dan riyadhah dengan disiplin yang tinggi. Beliau pulang ke Indonesia setelah menghabiskan masa 10 tahun belajar di Hadhramaut. Sekembalinya ke Indonesia, meskipun masih berusia muda, beliau telah terkenal sebagai seorang ulama yang zuhud dan khumul. Di Indonesia, beliau menjalankan kegiatan dakwah dan membuka majlis taklim di berbagai tempat. Diantara yang diberi kesempatan menjadi murid beliau adalah Habib Salim bin Ahmad Bin Jindan, Habib 'Alwi bin Ahmad Bahsin dan Habib Syaikhan al-Ghathmir yang akhirnya menjadi da'i dan ulama yang terkenal. Ketinggian ilmu Habib Ahmad juga mendapat pengakuan/pengiktirafan dari waliyullah yang masyhur, Al-Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad @ Habib Kramat Empang Bogor rahimahUllah.

Selain berdakwah dan menyebarkan ilmu, beliau juga amat kuat melakukan amalan-amalan lain. Wirid sholawat beliau saja adalah 100,000 kali sehari. Adakah orang yang mengaku-ngaku mengikut sunnah dan menolak bid`ah, yg dapat bersholawat kepada Shohibus Sunnah sebanyak itu? Ini belum lagi qiyam dan shiyam beliau ... Allahu ... Allah. Tatacara beliau menjalani kehidupan zuhud dengan menjauhi berlezat-lezat dengan nikmat duniawi yang sementara amat luar biasa sehingga beliau terkenal dengan kata-kata:-
Aku belum mau bersenang-senang sebelum aku tahu:-
  1. Apakah aku akan mengucap kalimah tauhid di akhir hayatku?
  2. Apakah aku akan selamat dari siksa kubur?
  3. Apakah timbangan amalku akan lebih berat dari dosaku?
  4. Apakah aku akan selamat dari jembatan shirathal mustaqim?
Pertanyaan-pertanyaan inilah yg menyebabkan Habib Ahmad rahimahullah tidak memandang kepada kenikmatan dunia yang sementara ini. Habib Ahmad al-Kaf menghembuskan nafas terakhir beliau di Kota Palembang pada 25 Jamadil Akhir 1375H / 25 Jun 1956 M. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada beliau dan leluhur beliau serta sekalian muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat keberkahan beliau dan dzurriyyah beliau, Junjungan Nabi SAW .... Lau al-Fatihah.............

**********************************************************
Sholawat dinisbatkan kepada Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf

Ya Alloh, limpahkanlah sholawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad, sholawat yang dengan keberkatannya Engkau penuhi hatiku dengan nur, kebaikan dan kegembiraan; Dan dengan keberkatannya Engkau rezeqikan daku dengan rezeqi yg luas yg mencurah-curah; Limpahkanlah juga kepada keluarga dan para sahabatNya beserta salam kesejahteraan sebanyak bilangannya segala sesuatu.