ABDUL HAMID MUDJIB HAMID BERSHOLAWAT

Kamis, 16 Juni 2011

asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan termasuk dzurriyyah al-Syeikh Abdul Qodir Al-Jilany RA



Nasab Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan
==================================================

Untuk pengetahuan, aku baru mendengar satu kuliah tafsir disampaikan oleh seorang pendakwah bebas yang terkenal, dia menyatakan bahawa Sayyid Ja'faar al-Barzanji itu hanyalah ahli sastera dan bilal Masjidin Nabawi. Sedih aku mendengarnya kerana dia tidak kenal siapa Sayyidi Ja'faar tersebut. Allahu...Allah, lemahnya orang kita daripada mengenal ulama sendiri. Oleh itu tergerak hati ku untuk memperkenalkan serba sedikit mengikut kemampuanku dan keizinan Allah akan ulama-ulama kita. Jangan hanya Ibnu Taimiyyah sahaja yang diagung-agungkan atau Ibnu Qayyim dan konco-konconya.

Biar kuperkenalkan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Syaikhul Islam, Mufti Haramain, Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah, yang amat dimusuhi oleh puak Wahhabi dan kaum mudah. Banyak ditaburkan segala fitnah terhadap ulama besar ini agar orang jahil macam kita menjauhinya. Duit Wahhabi dilaburkan untuk menaikkan nama Ibnu Taimiyyah dan orang-orang yang sewaktu dengannya sehingga kita mengagung-agungkan mereka sedangkan jasa mereka kepada kita tidaklah seberapa berbanding ulama lain.
Kumulakan dengan menyebut nasab Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan bukan untuk bermegah-megah dengan nasabnya tetapi untuk memperlihatkan dari pohon mana tumbuhnya ulama besar ini agar tukang-tukang fitnah mengenal lebih jauh ulama ini sebelum menyampaikan fitnah keji mereka terhadap ulama besar ini.

Nasab ini kunukil daripada kitab "Taajul-A'raas", juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-'Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib 'Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja'faar al-'Aththaas. Nasabnya adalah seperti berikut:-

Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi Syaikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad
bin Zaini Dahlan
bin Ahmad Dahlan
bin 'Utsman Dahlan
bin Ni'matUllah
bin 'Abdur Rahman
bin Muhammad
bin 'Abdullah
bin 'Utsman
bin 'Athoya
bin Faaris
bin Musthofa
bin Muhammad
bin Ahmad
bin Zaini
bin Qaadir
bin 'Abdul Wahhaab
bin Muhammad
bin 'Abdur Razzaaq
bin 'Ali
bin Ahmad
bin Ahmad (Mutsanna)
bin Muhammad
bin Zakariyya
bin Yahya
bin Muhammad
bin Abi 'Abdillah
bin al-Hasan
bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya`
bin Abi Sholeh Musa
bin Janki Dausat Haq
bin Yahya az-Zaahid
bin Muhammad
bin Daud
bin Muusa al-Juun
bin 'Abdullah al-Mahd
bin al-Hasan al-Mutsanna
bin al-Hasan as-Sibth
bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul r.`anhum ajma`in.

Inilah nasab yang dipuji oleh Sayyid Ja'faar al-Barzanji dengan syairnya, yang kira-kira bererti:-

Nasab yang diumpamakan gemilang seperti sinar mentari dhuha;
Bagaikan penyingkapan fajar menandakan kemunculan siang;
Nasab yang di wajah Adam cahaya bersinar gemerlapan;
Kernanya para malaikat di langit diperintah sujud hormat;
Nasab yang di dalam KitabUllah mencukupi hujjah;
Pada menyanjungnya bagi sesiapa yang sengaja ingkar akan kemuliaannya.

................. al-Fatihah.

sumber:http://bahrusshofa.blogspot.com/2005/12/nasab-syaikhul-islam-sayyidi-ahmad.html
===========================
Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan

Ikhwah, cukuplah kemuliaan Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. bahawa antara murid-muridnya ialah Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi rhm. pengarang "I'anathuth-Tholibin" yang masyhur, Sayyidil Quthub al-Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rhm., bahkan Kiyai Agung Sayyidisy-Syaikh Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban rhm. sempat menjadi muridnya sewaktu belajar di Makkah. Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi telah mengarang kitab bernama "Nafahatur Rahman" yang merupakan manaqib atau biografi kebesaran gurunya Sayyidi Ahmad rhm.
Jadi beliau yang disanjung oleh ulama antara lain sebagai al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syaikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syaikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi s.a.w. dan Bintang-bintang langitnya), Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik) adalah guru bagi guru-guru kita, alhamdulillah, mudah-mudahan rantaian sanad yang gilang gemilang ini menurunkan keberkatan Rasul Junjungan kepada kita dan moga termasuk kita dalam golongan yang "menakjubkan" ar-Rahman dengan di masukkan ke syurga dalam satu mata rantaian.
Inilah orang yang ditohmah dan dituduh oleh puak Wahhabi sebagai tukang fitnah yang memburuk-burukkan Ibnu Abdul Wahhab an-Najdi dan Wahhabi. Ketahuilah bahawa antara yang awal memfitnah Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. adalah Rasyid Ridha murid Abduh yang mengarang "Tafsir al-Manar" rujukan kaum mudah dan Wahhabi. Tujuan mereka memfitnah Sayyidi Ahmad adalah untuk memusnahkan ilmu dan pengetahuan yang sebenar, agar kebatilan mereka diterima. Sesungguhnya Sayyidi Ahmad bersih dari tuduhan musuh-musuhnya tersebut, beliau adalah ulama yang takutkan Allah dan seorang yang tsiqat. Terpulanglah kepada ikhwah, tapi aku lebih percayakan beliau daripada Rasyid Ridha dan gurunya Muhammad Abduh yang neo-mu'tazilah itu (bukan aku yang melabelnya sebagai neo-mu'tazilah tetapi Imamul Akbar Syaikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam bukunya "Islam wal - 'Aql").
Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dalam "Nafahatur Rahman" antara lain menulis:- "Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan r.a. hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab "asy-Syaathibiyyah" dan "al-Jazariyyah", dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus."
Mudah-mudahan Allah merahmati dan meredhai Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan dan murid-muridnya serta kita sekalian. Mudah-mudahan Allah menguatkan iman dan taqwa kita serta memberi kita kekuatan untuk mempertahankan Islam dan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah serta para ulamanya.

TANBIH : Ingat kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang menerima 4 mazhab tetapi beramal dengan 1 secara lazim, bukan geng Syahidan Kasim yang kononnya Ahlus Sunnah wal Jamaah menerima 4 mazhab tetapi tak berpegang dengan mana-mana mazhab, kira mazhab campur-campur, mazhab rojak, mazhab caca marba, bahaya ooo silap-silap boleh mabuk bawak mati pun boleh. Kepada Syahidan Kasim, jangan marah, I know what you and your mufti did last Haj.

sumber; http://bahrusshofa.blogspot.com/2005/12/sayyidi-ahmad-zaini-dahlan.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar