Nabi SAW:مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي كِتَابٍ لَمْ تَزَلِ الْمَلَائِكَةُ تَسْنَغْفِرُ لَهُ مَا دَامَ اسْمِي فِي ذَلِكَ الْكِتَابِ (Barang siapa menulis sholawat kpdku dlm sebtah buku, maka para malaikat selalu memohonkan ampun kpd Alloh pd org itu selama namaku masih tertulis dlm buku itu). اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلّٰهِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ
Minggu, 03 Juli 2011
Manaqib Baqiyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf: al-Iman al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf Jiddah (1331/1913 - 1431/2010)
Baqiyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf: al-Iman al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf (1331/1913 - 1431/2010)
==================================================
Shubuh Ahad 19 Rabi’ul Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010M, membawa berita yang teramat sedih kepada keluarga besar ‘Alawiyyin dan para Muhibbin khususnya dan kaum Muslimin umumnya, iaitu berita kewafatan al-Marhum almaghfurlah al-Habib al-Quthub 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau kembali ke rahmatuLlah sebelum waktu Fajar di Jeddah, Arab Saudi, setelah sekian lama uzur.
Al-Fagir, secara peribadi tersangat sedih apabila menerima sms dari al-Fadhil Ustaz Azian, Imam Masjid al-Falah, tengahari semalam. Terkedu seketika, dan tanpa dipaksa, airmata mengalir laju tatkala mendapat berita tersebut. Allahu Allah …. Rasanya bukan al-Fagir seorang saja yang berperasaan begitu, semestinya para muhibbin seluruh dunia, apatah lagi murid-murid beliau. Dan al-Fagir merasakan bukan penghuni bumi sahaja yang menangisinya, bahkan penduduk langit juga. Allahu Allah.
Berita kewafatan beliau tersebar luar diinternet. Ramai yang mengucapkan ta’ziah dan mungkin ramai tertanya-tanya siapakah gerangan al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf? Maka al-Fagir meluangkan sedikit kesempatan yang ada untuk memaparkan manaqib beliau secara ringkas. Dan tulisan ini al-Fagir khusus buat beliau. Walaupun al-Fagir belum pernah bertemu, namun nama dan kisah mengenai beliau sering al-Fagir dengar. Dan dari situlah tumbuh rasa kecintaan al-Fagir kepada beliau. Sementelahan lagi beliau adalah merupakan guru kepada guru-guru al-Fagir. Sekian lama menyimpan azam untuk menziarahi beliau, namun tidak kesampaian. Maka untuk itu al-Fagir dedikasikan nukilan yang serba kekurangan serta dhoif ini buat beliau رضي الله عنه sebagai tanda kasih dan cinta al-Fagir kepada beliau.
Nasab: Beliau adalah al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf.
( Foto al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf, adalah seorang ulama ‘arifbillah ayah Al-Habib Abdul Qodir Bin ahmad Assegaf Jiddah)
Kelahiran: Dilahirkan di kota Sei`un (سيؤن) atau Seiwun, Hadramaut pada bulan Jumadilakhir 1331H/1913M. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau (foto sbgaimana diatas) iaitu al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf, adalah seorang ulama ‘arifbillah. Dan begitu juga dengan bonda beliau, asy-Syarifah ‘Alawiyyah binti al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Jufri, seorang wanita sholehah yang suka pada kebajikan. Beliau dibesarkan oleh kedua ayahanda dan bonda yang sholeh sehingga sejak kecil beliau telah dihiasi dengan hidayah dan ketakwaan.
Ayahanda beliau al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf adalah merupakan seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang merupakan murid kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, penyusun Simthud Durar. Dan guru beliau, al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi pernah berkata: Al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman adalah Imam Wadi al-Ahqaf (Hadhramaut). Ayahanda beliau wafat setelah menunaikan sholat ‘asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357. Manakala bonda beliau wafat pada 23 Rajab 1378 iaitu bersamaan dengan hari kewafatannya al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah, iaitu datuknya Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Isyarat Dari al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi رضي الله عنه وأرضاه: Ketika bonda beliau sedang mengandung dan melahirkan bayi laki-laki, bayi tersebut telah diberi nama ‘Abdul Qadir atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun tidak lama kemudiannya bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah ‘Alawiyyah mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi laki-laki, al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul Qadir. Dan al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Pendidikan: Al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf mendapat pendidikan dari ayahanda beliau sendiri. Menurut cerita yang disampai oleh guru al-Fagir iaitu Baba ‘Abdul Aziz yang berpeluang menziarahi beliau sewaktu menunaikan umrah tahun lepas, beliau berkata: al-Hab(Foto Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf)
ib al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, telah mengkhatam ratusan buah kitab ketika usianya masih belasan tahun. Di didik oleh ayahanda beliau sendiri.
Selain daripada belajar dengan ayahandanya beliau juga belajar dari ramai guru lain, antaranya:
Syeikh Taha bin Abdullah BaHamid.
Syeikh Hasan bin ‘Abdullah BaRaja, ketika di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah. Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Quran serta menguasai Qira’ah as-Sab’ah.
Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf
Al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf
Al-Habib ‘Abdullah bin Aidarus al-Aidarus
Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
Al-Habib Hussin bin ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
Al-Habib ‘Abdul Baari bin Syeikh al-Aidarus
Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf (foto atas)
Al-Habib ‘Abdullah bin Umar bin Hamid as-Saqqaf
Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin Salim
Al-Habib Hamid bin ‘Alwi al-Bar dan ramai lagi
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
{Foto Baqiyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf: al-Iman al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf Jiddah (1331/1913 - 1431/2010)}
Murid-murid beliau: Beliau adalah guru kepada ramai ulama. Tambahan lagi beliau dikurniakan Allah dengan umur yang panjang, maka ramailah ulama yang dapat mengambil faedah dari beliau. Antara murid-murid beliau yang ramai itu, al-Fagir sekadar tahu beberapa nama, antaranya:
as-Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki رضي الله عنه وأرضاه
Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘Ali al-Masyhur حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Al-Habib Muhammad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Teman-teman beliau yang telah pergi mendahului beliau: Antaranya:
Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad رضي الله عنه وأرضاه
Al-Habib ‘Abdurrahman bin Ahmad al-Kaf رضي الله عنه وأرضاه
Al-Habib Abu Bakar Atthas bin Abdullah al-Habsyi رضي الله عنه وأرضاه
Syeikh Umar Khatib رضي الله عنه وأرضاه
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Berdakwah dan menyebarkan ilmu: Setelah kewafatan ayahandanya beliau meneruskan usaha ayahandanya untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Namun apabila Yaman Selatan dikuasai oleh regim komunis, maka keadaan bertukar menjadi sukar. Para ‘alim-ulama tiada lagi kebebasan untuk berdakwah. Dan mereka dijadikan sasaran kekejaman regim komunis.
Pada bulan Rabi’ ats-Tsani tahun 1393, beliau dapat ke Aden dan tinggal di sana selama 1 bulan. Dan setelah itu beliau telah dapat keluar dari tanahairnya yang dikuasai komunis untuk ke Singapura. Pada bulan Jumadilawwal 1393, beliau ke Indonesia.
Dari Indonesia, beliau seterusnya ke bumi Hijaz dan menetap di sana. Dimana beliau berada, tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu. Beliau seterusnya meneruskan rehlah dakwahnya ke Lubnan, Syria, Mesir, Nairobi, Kenya, Juzur al-Qamar (Comoros) dan Tanzania. Kemudian kembali ke Kenya dan seterusnya pada bulan Ramadhan 1394 kembali ke bumi Hijaz dan menetap Hijaz. Dan sana, beliau menjadi pengasuh majlis-majlis ta’lim di Mekah, Madinah dan Jeddah.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Keperibadian: Selain terkenal sebagai seorang yang ‘alim, beliau juga seorang yang wara, ‘abid, berakhlak mulia. Ketinggian akhlaknya mampu menawan hati sesiapa sahaja. Kedalaman dan keluasan ilmunya, kewarakannya, kebijaksaannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Pendek cerita, beliau mewarisi sifat-sifat datuknya yang mulia, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dikhabarkan bahwa Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra min Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani Alawi. Allahu Allah.
Mengenai kedalaman ilmunya, al-Fagir pernah diberitahu oleh pamannya al-Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim al-Aidarus (maaf …. Al-Fagir lupa namanya …) bahwa al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf pernah menjadi rujukan ulama al-Azhar disekitar tahun 70an dahulu.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Kewafatan: Beliau رضي الله عنه وأرضاه telah lama uzur. Dan sebelum Fajar hari Ahad, 19 Rabi’al-Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010, beliau رضي الله عنه وأرضاه kembali ke rahmatuLlah di Jeddah. Beliau menutup umur pada usia 100 tahun.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا الحبيب عبد القادر بن أحمد السقاف وأصوله وفروعه وتلامذته والمنتسبين إليه أجمعين، أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة
Nukilan:
Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak,
Shubuh, 20 Rabi’al-Akhir 1431
Sumber rujukan: Bahrus Shofa, Bisyarah dan lain-lain. Dan insyaAllah tulisan ini akan dikemaskini dari masa kesemasa apabila al-Fagir mendapat maklumat tambahan. Segala kekurangan dan kesalahan fakta mohon dimaafkan dan diperbetulkan.
Berikut ini, Foto al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf Jiddah
اللهم اغفر له و ارحمه و اجعل قبره روضة من رياض الجنة
************************************************************
Qasidah Pujian Muhibbin terhadap al-Imam al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
ياوارد البحر الذي فيه الدرر توجد * أورد فهذا بحر عبد القادر بن احمد
سليل بيت المجد زاكي الأصل والمعتد *وخليفة الاجداد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
كم كنت أتمنى أشاهد منه ذا المشهد * لي فيه أنوار النبي والآل تتوقد
وفيه كم من ألوية للأولياء تعقد * وتقام به الاعياد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
وفيه اسرار المهاجر والفقيه الجد * واولاده السقاف والمحضار حامي الحد
والشيخ ابو بكر الذي فيض العطا يمتد *منه إلى الأولاد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
هم اللي اعتنوا به في الصغر من ساعة المولد * واعطوه من اسرارهم مايطلبه وأزيد
وعليه يتعنى بنا في اليوم ذا والغد * يقسم لنا في الزاد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
هم قدوتي وعقيدتي والسول والمقصد * قبل اياديهم دواما عبر هذه اليد
واستشعرن الجمع تم كله في المفرد *بالنص والاسناد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
دركاه شوني فوق جرف يكاد ان ينهد * لي مايجرونه هله مابيجره حد
حاشا تحيلوني إلى سعدون أومسعد * مامنهم إنقاذ
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
يامفرد ايامك وتاج العصر ياأوحد * من شاهد أنوارك وحسنك قال مالك ند
من بعد أسلافك لنا فيك الغناء والزاد * والله لنا بك جاد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
ماحد لنا من غيركم ياسيد ماحد * يؤخذ بأيدينا اذا حامي البلاوى وأشتد
كم شفاعة عند رب العرش ماترتد* وتقرب الأبعاد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
متى اشوفك في تريم الخير تتهجد * وتمد في سفح الطويلة لي بساطك مد
وفي حريضة والقويرة تنعش المقعد * وأستقبلك في اسعاد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
الله يحقق الاماني علني اسعد * بالقرب من اهلي فقد طال الجفا والصد
عدني اليهم ياصمد والعود لي احمد * والشوق عندي زاد
والختم صلوا على النبي الهادي محمد * صلاة ماشي حصر يحصرها ولاشى عد
وآله مصابيح الدجا مافاح عرف الند * واصحابه الامجاد
عاد اللقاء مابيننا ياراد ياعواد
Al-Fagir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
21 Rabi'ul Akhir 1431/6 April 2010
sumber:http://al-fanshuri-kenaliulama.blogspot.com/search/label/Habaib%20-%20Hadramaut
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar