ABDUL HAMID MUDJIB HAMID BERSHOLAWAT

Senin, 10 Desember 2012

Kubur/ Makam Al-Syeikh Ma'ruf adalah at-tiryaaq al-mujarrab(Penawar/Obat Mujarrab)


--------------------------------------------
"Kubur/ Makam Al-Syeikh Ma'ruf adalah at-tiryaaq al-mujarrab(Penawar/Obat Mujarrab)".
==============================

al-Imam al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin 'Ali bin Tsabit bin Ahmad bin Mahdi asy-Syafi`i al-Khatib al-Baghdadi (392H - 463H), 'ulama', ahli sejarah dan ahli hadits yang terkenal dengan panggilan Syaikh Khatib al-Baghdadi, dalam
karya beliau yang masyhur "Tarikh Baghdad" pada bab ma dzukira fil maqoobir Baghdad al-makhshusah bil 'ulama'` waz zuhhaad, seperti berikut:

Ismail bin Ahmad al-Hiri telah memaklumkan kami bahawa Muhammad bin al-Husain as-Sulami telah mendengar daripada Abul Hasan bin Muqsim daripada Abu 'Ali ash Shaaffar yang mendengar Ibrahim al-Harbi berkata: "Kubur/ Makam Al-Syeikh Ma'ruf adalah at-tiryaaq al-mujarrab(Penawar/Obat Mujarrab)".

Telah memberitahu akan daku Abu Ishaaq Ibrahim bin 'Umar al-Barmaki yang menyatakan bahawa dia diberitahu oleh Abul Fadhal 'Ubaidillah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad az-Zuhri yang menyatakan bahawa dia telah mendengar ayahnya berkata: "Kubur Ma'ruf al-Karkhi itu mujarrab sebagai sebab bagi menunaikan hajat-hajat, dan dikatakan bahawa sesiapa yang membaca di sisinya (yakni di sisi kubur tersebut) 100 kali Suratul Ikhlash dan memohon kepada Alloh apa yang dikehendakinya niscaya Alloh akan menunaikan/ kabulkan hajatnya".

Telah memberitahu akan kami Abu 'Abdullah Muhammad bin 'Ali bin 'Abdullah ash-Shuri menyatakan yang dia mendengar Abul Husain Muhammad bin Ahmad bin Jamii' menyatakan bahawa dia telah mendengar Abu 'Abdullah bin al-Mahaamili berkata: "Aku mengetahui akan kubur Ma'ruf al-Karkhi sejak 70 tahun yang lalu, tiada menziarahinya orang yang ditimpa masalah (kesusahan) melainkan Alloh akan menyelesaikan masalahnya (melepaskan kesusahannya)."
******************************
Pernyataan Syaikh Khatib al-Baghdadi tentang kubur Syaikh Ma'ruf
(Tarikh Baghdad, Juz 1, Halaman 134, Cetakan Darul Kutub Ilmiah 1417)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar