Al-Imam Al-Qutub Abdullah bin Alawi Al-Haddad
الراتب الشهير
للحبيب عبد الله بن علوي الحداد
Ratib Al-Haddad
Semoga-moga Alloh merahmatinya [Rahimahu Allohu Ta’ala]
يقول القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم – الفاتحة-
Bacalah Al-Fatihah kepada ketua, penyshafaat, nabi dan penolong kita Muhammad s.a.w
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ
عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari
Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah,
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami
jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id ibn al-Mu’lla r.a.: “Sukakah kamu jika
aku ajarkan sebuah Surah yang belum pernah diturun dahulunya, baik dalam
Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi
kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan
seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
2. اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ
ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ
يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
2. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap
hidup, Yang Kekal selama-lamanya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang
dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit
dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta
memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah 2 al-Baqarah Ayat 255 Ayat-al-Kursi)
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah
hadith yang menerangkan fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak
syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan menambahkan iman.
3. آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه
وَالْمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ
وَأَطَعْناَ غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ.
3. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya
beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan
Rasul-rasulNya. (Katakan): “Kami tidak membezakan antara seorang rasul
dengan rasul-rasul yang lain”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan
kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu
jualah tempat kembali”
(Surah 2: Al Baqarah Ayat 285)
Diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Rasulullah
s.a.w pernah bersabda: Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, memadai
kepada seseorang yang membacanya pada malam hari sebagai pelindung
dirinya.
4. لاََ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا
كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ
نَسِيْنَآ أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا
كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ
تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنآ أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِيْنَ.
4. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala atas kebaikan yang diusahakannya, dan ia
juga menanggung dosa atas kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa
dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami
salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah
Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak
terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh
itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang
kafir”
(Surah 2: al-Baqarah Ayat 286)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Abbas r.a.: Apabila
Jibril sedang duduk dengan Rasulullah s.a.w., dia mendengar bunyi pintu
di atasnya. Dia mengangkat kepalanya lalu berkata: “Ini ialah bunyi
sebuah pintu di syurga yang tidak pernah dibuka.” Lalu satu malaikat pun
turun, dan Jibril berkata lagi, “Ia malaikat yang tidak pernah turun ke
bumi” Malaikat itu memberi salam lalu berkata, “Bersyukurlah atas dua
cahaya yang diberi kepadamu yang tidak pernah diberi kepada rasul-rasul
sebelummu-“Fatihat al-Kitab dan ayat penghabisan Surah al-Baqarah”. Kamu
akan mendapat manfaat setiap kali kamu membacanya.
5. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
(3X)
5. Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada
sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian.
Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa
atas segala sesuatu (3X)
Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah;
Rasulullah s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari,
pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan
dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi
benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”
6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. (3X)
6. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar. (3X)
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Samurah ibn Jundah: Rasulullah s.a.w
bersabda: Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat,
iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana
aturannya apabila engkau berzikirullah.
7. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ. (3X)
7. Maha suci Allah segala puji khusus bagi-Nya, Maha suci Allah Yang Maha Agung. (3X)
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah
s.a.w. bersabda: Dua zikir yang mudah di atas lidah tetapi berat
pahalanya dan disukai oleh Allah ialah: ‘SubhanAllah al-Azim dan
‘SubhanAllah wa bihamdihi.’”
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (3X)
8. Ya Allah ampunlah dosaku dan terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (3X)
Surah 4: An-Nisa’; Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon ampun
kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
Sila rujuk juga Surah 11: Hud; Ayat 90
9. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. (3X)
9. Ya Allah, cucurkan selawat ke atas Muhammad, Ya
Allah, cucurkan selawat ke atasnya dan kesejahteraan-Mu. (3X)
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas Nabi; wahai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan yang
sepenuhnya.
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan
berselawat kepadanya sepuluh kali.
10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ. (3X)
10. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa
yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh
atasnya.”
11. بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي
الأَرْضِ وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ. (3X)
11. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu
pun, baik di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha
Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Hamba-hamba Allah
yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua
kesakitan akan dialaminya.”
12. رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (3X)
12. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai Agama kami dan Muhammad sebagai Nabi kami. (3X)
Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa
membaca ayat ini di pagi dan petang hari akan masuk ke syurga.”
13. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (3X)
13. Dengan Nama Allah, segala pujian bagi-Nya, dan
segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah. (3X)
Diriwayatkah oleh Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu
Hurairah, bila kamu keluar negeri untuk berniaga, bacakan ayat ini
supaya ia membawa kamu ke jalan yang benar. Dan setiap perbuatan mesti
bermula dengan ‘Bismillah’ dan penutupnya ialah “Alhamdulillah”.
14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْنا؎ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (3X)
14. Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan kami bertaubat kepada Allah batin dan zahir. (3X)
Surah at-Tahrim Ayat 8: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah: Rasulullah bersabda: Orang yang
bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah
seumpama orang yang tiada apa-apa dosa.”
15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا. (3X)
15. Ya Tuhan kami, maafkan kami dan hapuskanlah apa-apa (dosa) yang ada pada kami. (3X)
Dari Tirmidhi dan Ibn Majah: Rasulullah s.a.w. berada di atas mimbar
dan menangis lalu beliau bersabda: Mintalah kemaafan dan kesihatan
daripada Allah, sebab setelah kita yakin, tiada apa lagi yang lebih baik
daripada kesihatan
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan
kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ. (7X)
16. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam . (7X)
Sila rujuk ke no. 12. Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan Islam.
Dan dari Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam sebuah
hadith bahawasanya sesiapa yang berdoa dengan nama-nama Allah dan penuh
keyakinan, doa itu pasti dikabulkan Allah.
17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ. (3X)
17. Wahai Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Gagah, hindarkanlah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim. (3X)
Seperti di atas (16); Merujuk hadith Rasulullah s.a.w, sesiapa yang
tidak boleh mengalahkan musuhnya, dan mengulangi Nama ini dengan niat
tidak mahu dicederakan akan bebas dari dicederakan musuhnya.
18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (3X)
18. Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan
menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu.
(3X)
Diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang mukmin pun yang berdoa untuk kaumnya yang tidak
bersamanya, melainkan akan didoakan oleh Malaikat, “Sama juga untukmu”.
19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ. (3X)
19. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, lagi Maha Besar, Yang
Maha Mengetahui lagi Sentiasa Sanggup, Yang Maha Mendengar lagi Melihat.
Yang Maha Lemah-Lembut lagi Maha Mengetahui (3X)
Surah 17: Al Israil: Ayat 110: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Serulah
nama “Allah” atau “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan; kerana
Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau
nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara
itu.”
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (3X)
20. Wahai Tuhan yang melegakan dari dukacita, lagi
melapangkan dada dari rasa sempit. Wahai Tuhan yang mengampuni dan
menyayangi hamba-hamba-Nya. (3X)
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik: “Ketika saya
bersama Rasulullah s.a.w., ada seseorang berdoa, “Ya Allah saya meminta
kerana segala pujian ialah untuk-Mu dan tiada Tuhan melainkan-Mu,
Kamulah yang Pemberi Rahmat dan yang Pengampun, Permulaan Dunia dan
Akhirat, Maharaja Teragung, Yang Hidup dan Yang Tersendiri”.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia berdoa kepada Allah menggunakan
sebaik-baik nama-nama-Nya, Allah akan memakbulkannya kerana apabila
diminta dengan nama-nama-Nya Allah akan memberi.
21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(4X)
21. Aku memohon keampunan Allah Tuhan Pencipta sekalian
makhluk, aku memohon keampunan Allah dari sekalian kesalahan. (4X)
Surah 4: An-Nisa’: Ayat 106: “Dan hendaklah engkau memohon keampunan
daripada Allah; sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
Surah 11: Hud: Ayat 90: “Dan mintalah keampunan Tuhanmu, kemudian
kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi
Maha Pengasih”
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. (50X)
22. Tiada Tuhan Melainkan Allah (50X)
Komentar tentang kalimah tauhid sangat panjang. Kalimah “La ilaha
illallah” ini adalah kunci syurga. Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah tidak membenarkan seseorang masuk ke
neraka jikalau dia mengucapkan kalimah tauhid ini berulang-ulang kali.”
23. مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ
وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ
وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ
التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
23. Muhammad Rasulullah, Allah Mencucurkan Selawat dan
Kesejahteraan keatasnya dan keluarganya. Moga-moga dipermuliakan,
diperbesarkan, dan diperjunjungkan kebesarannya. Serta Allah Ta’ala
meredhai akan sekalian keluarga dan sahabat Rasulullah, sekalian tabi’in
dan yang mengikuti mereka dengan kebaikan dari hari ini sehingga Hari
Kiamat, dan semoga kita bersama mereka dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha
Pengasih daripada yang mengasihani.
24. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X)
24. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa;
Allah Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia
pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding
dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri;
seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid.
Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan
perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan
lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku,
surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang
berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang
membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya
kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah
syurga bagi si pembaca itu).
25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ
غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ
شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد
25. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung dengan Tuhan
yang menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang
Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita; dan
daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada simpulan-simpulan
ikatan; dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
kedengkiannya”.
Surah Al-Falaq
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya
apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda
menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda
menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga menyemburkan
baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana
tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku.
26. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ،
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ
النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
26. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung dengan Tuhan
sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak
disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang
timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia, dari kalangan jin dan manusia”. Surah An-Nas
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; Nabi
Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jin dan
perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas turun,
baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini sahaja.
27. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ
باَ عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي
عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا
بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ
وَالآخِرَةِ.
27. Bacalah Al-fatihah kepada roh Penghulu kita al-Faqih
al-Muqaddam, Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan
keturunannya, dan kepada semua penghulu kita dari keluarga bani ‘Alawi,
moga-moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita
manfaat dengan mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka di dalam
agama, dunia dan akhirat.
28. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي
مَشَارِقِ الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ – أَنَّ اللهَ
يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ
وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ
فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ.
28. Bacalah al-fatihah kepada roh-roh Penghulu kita Ahli
Ahli Sufi, di mana saja roh mereka berada, di timur atau barat, moga
moga Allah tinggikan darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat
dengan mereka, ilmu-ilmu mereka, rahsia-rahsia mereka, cahaya mereka,
dan golongkan kami bersama mereka dalam keadaan baik dan afiah.
29. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ
الْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد
وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ
بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
29. Bacalah fatihah kepada roh Penyusun Ratib ini,
Qutbil-Irshad, Penyelamat kaum dan negaranya, Al-Habib Abdullah ibn
Alawi Al-Haddad, asal-usul dan keturunannya, moga moga Allah meninggikan
darjat mereka di syurga, dan memberi kita manfaat dari mereka,
rahsia-rahsia mereka, cahaya dan berkat mereka di dalam agama, dunia dan
akhirat.
30. اَلْفَاتِحَة
إِلَى كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ
الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ
اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ
وبَرَكَاتِهِمْ
30. Bacalah Fatihah kepada hamba hamba Allah yang soleh,
ibu bapa kami, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, moga moga
Allah mengampuni mereka dan merahmati mereka dan memberi kita manfaat
dengan rahsia rahsia dan barakah mereka.
31. (ويدعو القارئ):
31. Berdoalah disini apa yang di hajati. :
اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ
وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وأَهْلِ بَيْتِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ
بِحَقِّ الْفَتِحَةِ الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ
تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ
خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا
مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي
أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا
مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر
وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْن.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam, segala puji pujian bagi-Nya atas penambahan nikmat-Nya
kepada kami, moga moga Allah mencucurkan selawat dan kesehahteraan ke
atas Penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Wahai Tuhan, kami memohon dengan haq (benarnya) surah fatihah yang
Agung, iaitu tujuh ayat yang selalu di ulang-ulang, bukakan untuk kami
segala perkara kebaikan dan kurniakanlah kepada kami segala kebaikan,
jadikanlah kami dari golongan insan yang baik; dan peliharakanlah kami
Ya tuhan kami. sepertimana Kamu memelihara hamba-hambaMu yang baik,
lindungilah agama kami, diri kami, anak anak kami, sahabat-sahabat kami,
serta semua yang kami sayangi dari segala kesengsaraan, kesedihan, dan
kemudharatan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pelindung dari seluruh
kebaikan dan Engkaulah yang mengurniakan seluruh kebaikan dan memberi
kepada sesiapa saja kebaikan dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.
32. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ. (3X)
32. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredhaan dan
syurga-Mu; dan kami memohon perlindungan-Mu dari kemarahan-Mu dan api
neraka. (3X)
Dari Tirmidhi dan Nasa’i, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik:
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jikalau sesiapa memohon kepada Allah untuk
syurga tiga kali, Syurga akan berkata, “Ya Allah bawalah dia ke dalam
syurga;” dan jikalau ia memohon perlindungan dari api neraka tiga kali,
lalu neraka pun akan berkata, “Ya Allah berilah dia perlindungan dari
neraka.”
انتهى الراتب الشهير
Tamat Ratib Al-Haddad
——————————————————————————–
[1] “Syarh Ratib Al-Haddad” – komentari, pembicaraan dan hujah Ratib
Al-Haddad yang teliti bagi setiap ayat di dalam Ratib Haddad tulisan
Al-Habib Alawi bin Ahmad bin Hassan bin Abdullah Al-Haddad, dalam bahasa
Arab yang dicetak oleh Al-Habib Ali bin Essa bin Abdulkader Al-Haddad
di Singapura dan di Maqam Imam Al-Haddad.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar