===============
Hadlrah BaSaudan
Imam Hujjatul Islam Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad bin ‘Abdullah bin
Muhammad bin ‘Abdur Rahman BaSaudan rahimahumUllah jami`an dilahirkan di
desa Khuraibeh, wadi Dau`an, Hadhramaut pada tahun 1178H. Nasab beliau
bersambung kepada Sayyidina al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi RA, sahabat
Junjungan Nabi SAW.
Syaikh Abdullah BaSaudan sejak kecil lagi telah diasuh dengan didikan
agama. Sejak usia tersebut lagi beliau telah menghafal al-Quran dan
berbagai matan ilmu. Beliau mempunyai ramai guru, di antaranya ialah
Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad bin Faris BaQais dan Habib ‘Umar bin Abdur
Rahman al-Baar, murid Imam al-Haddad RA, yang menjadi syaikh futuhnya,
Habib Ahmad bin ‘Ali Bahar al-Qadimi, Habib Hamid bin ‘Umar Hamid, Habib
Ahmad bin Hasan al-Haddad, Habib Husain bin ‘Abdullah bin Sahal, Habib
‘Umar bin Saqqaf as-Saqqaf, Habib Syaikh bin Muhammad bin Hasan
al-Jufri, Habib Hasan bin Shaleh al-Bahar al-Jufri, Habib Thahir bin
Husain bin Thahir dan Habib ‘Umar bin Zain BinSumaith rahimahumUllahu.
Selain Hadhramaut, Syaikh ‘Abdullah BaSaudan turut menimba ilmu daripada
ulama al-Haramain, antarnya dengan Habib ‘Ali bin Muhammad al-Baity,
Habib Muhsin bin Alwi Muqaibal, Habib Ahmad bin ‘Alwi BaHasan Jamalulail
dan Syaikh Muhammad bin Shaleh ar-Rais rahimahUllahu ta`ala jami`an.
Syaikh ‘Abdullah BaSaudan juga pernah berkelana ke Mesir dan bermukim di
sana untuk belajar dengan para ulamanya.
Ketekunan beliau dalam menuntut ilmu akhirnya menjadikan beliau
seorang yang sangat alim (`allaamah) yang menjadi rujukan dan mufti.
Bahkan, para ulama Hadhramaut memberikan gelar “Hujjatul Islam” kepada
beliau lantaran ketinggian ilmu dan keelokan amal serta pekerti beliau.
Syaikh ‘Abdullah BaSaudan juga mempunyai banyak karya yang bernilai, antaranya:-
Mandzhumah al-Mishbaah fi Ahkaamin Nikah;
Tahshiilul Maqshuud;
‘Uddatul Musaafir wa ‘Umdatul Haaj waz Zaa-ir;
al-Ifshaah bi Ahkaamin Nikaah;
Zaituunatul Liqaah;
al-Futuuhaatul ‘Arsyiyyah;
Mathaaliul Anwaar;
Hadaa-iqul Arwah;
Kasyful Qinaa’;
Dzakhiiratul Ma`aad bi Syarhi Ratibil Haddad;
al-Anwaarul Laami`ah bi Syarhil Risaalatil Jaami`ah;
Simthul ‘Iqyaan;
Tahshiilul Maqshuud;
‘Uddatul Musaafir wa ‘Umdatul Haaj waz Zaa-ir;
al-Ifshaah bi Ahkaamin Nikaah;
Zaituunatul Liqaah;
al-Futuuhaatul ‘Arsyiyyah;
Mathaaliul Anwaar;
Hadaa-iqul Arwah;
Kasyful Qinaa’;
Dzakhiiratul Ma`aad bi Syarhi Ratibil Haddad;
al-Anwaarul Laami`ah bi Syarhil Risaalatil Jaami`ah;
Simthul ‘Iqyaan;
Syaikh ‘Abdullah BaSaudan rahimahUllah kembali ke rahmatUllah pada tanggal 7 Jumadil Awwal 1266H dan dimakamkan di Kota Khuraibeh. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat dan kasih-sayangNya kepada beliau … al-Fatihah.
Hadrah BaSaudan adalah kumpulan zikir, munajat, ibtihal, qasidah dan
tawassul yang disusun oleh Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad BaSaudan. Tetapi
dikatakan bahawa susunan awalnya adalah daripada Habib ‘Umar bin ‘Abdur
Rahman al-Baar lalu dilanjutkan oleh muridnya Syaikh ‘Abdullah BaSaudan
dan akhirnya disempurnakan oleh Habib ‘Abdur Rahman al-Masyhur,
pengarang “Bughyatul Mustarsyidin”. Oleh itu di sesetengah tempat,
hadrah ini dikenali sebagai “Hadrah al-Baar”, sempena syaikh futuh
Syaikh ‘Abdulah BaSaudan, Habib ‘Umar bin ‘Abdur Rahman al-Baar.
Seluruh ulama Tarim, Hadhramaut sangat mengetahui Hadrah ini memiliki
manfaat yang sangat banyak sebagai wasilah memohon daripada Allah akan
segala rahmat, pemeliharaan, keselamatan dan kejayaan di dunia dan
akhirat. Di Tarim, setiap hari Selasa selalu digelar majlis-majlis
pembacaan Hadrah Basaudan di banyak tempat, antaranya di Rubath Tarim,
di kediaman al-Mufti al-Habib ‘Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur, di
kubah al-Habib Abu Bakar Basymeleh Zanbal, di madrasah Habib Abdullah
bin Syeikh al -Aydrus, dan di masjid- masjid yang lain, bahkan juga di
rumah-rumah penduduk. Majlis yang diadakan setiap Selasa di rumah Habib
‘Abdur Rahman al-Masyhur dikepalai oleh al-Habib Ali Masyhur bin
Muhammad BinHafiz, kekanda Habib ‘Umar BinHafiz. Kini, majlis-majlis
Hadrah BaSaudan mula berkembang ke seluruh dunia Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar