ABDUL HAMID MUDJIB HAMID BERSHOLAWAT

Senin, 03 Desember 2012

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Yg Ummy Yg Tiada Bersabda Melalui Nafsunya, Tetapi semuanya didasarkan atas Wahyu Alloh SWT


RASULULLOH SAW ADALAH NABI YANG UMMI

Tanggal 12 Rabiul Awal telah mencatat satu sejarah- satu tarikh agung diingati umat islam seluruh dunia Pada tarikh inilah lahirnya seorang pemimpin agong, nabi serta rasul yang menjadi rahmat bagi sekelian alam.


Pelbagai aktiviti seperti perarakan serta ceramah diadakan di mana-mana sahaja. Kecintaan kita terhadap nabi pada hari itu jelas terserlah.

Selain mendapat jolokan "Al Amin" ( yang amanah ) dan "Khatamul Anbiyai wal Mursalin" ( Penghulu para Nabi- nabi dan Rasul-rasul ), Rasulullah juga digelar di dalam AlQur'an sebagai النبي الأمي - "Nabi yang Ummiy " sebagaimana firman Allah dalam Surah Al 'araf ayat 157 dan 158



  
Maksudnya
"(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka,nabi yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya."


"Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Surah Al "araf ayat 157 &158


Kalimah Ummiy dalam bahasa Arab bermaksud "buta huruf" atau ringkasnya golongan yang tidak tahu menulis dan membaca.Itu terjemahan rambang dari sudut bahasa namun begitu cuba kita tanya pada diri kita pula apakah nabi kita ini benar-benar buta huruf ? dan bagaimana pula keimanan kita terhadap sifat Fathonah ( Bijaksana ) iaitu salah satu daripada sifat-sifat yang wajib bagi Rasul.

Sahabat-sahabat sekelian, pujian serta selawat yang kita ucapkan pada setiap hari samada di dalam  mahupun di luar solat  tidak akan bermakna seandainya kita terus menerus menggelar nabi yang kita sanjung ini dengan gelaran buta huruf dan seharusnya gelaran seumpama ini tidak akan wujud pada mana-mana nabi mahupun rasul, tidak kiralah samada ianya Nabi Isa as, Nabi Musa as, Nabi Solih as mahupun Nabi Muhammad saw..


Yang anehnya gelaran buta huruf hanya ada pada Rasulullah saw sahaja iaitu ketua kepada segala nabi dan rasul. Tidak masuk akal sama sekali bahawa penghulu kepada segala nabi itu seorang yang buta huruf sedangkan nabi-nabi yang lain sebelum Baginda adalah bijak-bijak belaka.

Di sini kita dah nampak ada agenda tertentu dari ahli kitab dan golongan yang enggan beriman dengan risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ianya merupakan salah satu propaganda Yahudi untuk menyekat dan menghapuskan agama islam sebagaimana tindakan kaum kafir Quraisy Mekah menggelar Baginda dengan gelaran gila dan tukang sihir. 



Kalimah Ummiy dimulakan dengan huruf alif dan Lam ta'rif  yang berperanan untuk mengkhususkan sesuatu perkara. Katakan diatas meja terdapat banyak buku. Seandainya saya katakan " Tolong ambilkan saya buku" maka orang yang diminta tolong boleh mengambil mana- mana buku sahaja kerana lafaz buku itu umum. Seandainya saya berkata " Tolong ambilkan saya buku itu" maka orang diminta tolong perlu mengambil buku- buku yang telah ditentukan sahaja kerana lafaz buku ini adalah lafaz khusus.


Kalimah Ummiy pada surah Al A'raf ayat 157 dan 158  ini terdapat alif dan Lam dipermulaan perkataan yang membawa maksud khusus iaitu " Nabi yang Ummiy itu". Dalam hal ini  makna Ummiy kita kena rujuk terjemahannya kepada empunya kalam ( Allah ) kerana lafaz kalam itu adalah khusus.


Maksud Ummiy yang sebenarnya

Firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 48



Maksudnya
Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Quran) sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu).

Dalam ayat ini Allah menerangkan maksud ummiy adalah tidak pernah membaca kitab-kitab terdahulu sebelum AlQuran dan Rasulullah tidak pernah menulis dengan tangan kanannya. Seandainya Rasulullah pernah berbuat demikian ( membaca dan menulis kitab-kitab terdahulu ) maka orang-orang Yahudi akan mengatakan bahawa AlQuran yang dibawa oleh Rasulullah ini adalah ciplak dari kitab- kitab Taurat, Zabur dan Injil. 


Lihatlah betapa bijaknya mereka cuba memutarbelitkan kalimah Al Ummiy sebagaimana mereka pernah memutarbelitkan kitab - kitab Taurat, Injil dan Zabur . Firman Allah  dalam surah An Nisa' ayat 46

Maksudnya
"Daripada orang orang Yahudi itu mereka suka memutarbelitkan kalam allah dari tempatnya dan mereka berkata kami dengar dan kami engkar"

Tidak penah membaca bukan beerti seseorang itu buta huruf. Sekarang kita tanya pada diri kita berapa ramaikah diantara kita yang pernah membaca kitab Taurat, Injil dan Zabur dan setujukah anda seandainya orang yang tidak pernah membaca dan menulis kitab-kitab yang diturunkan sebelum AlQuran ini digelar sebagai Buta Huruf.


Kalau begitu tak guna kita belajar tinggi tinggi sampai ambil phd tapi kita masih digelar buta huruf  hanya kerana tidak pernah membaca kitab-kitab sebelum AlQuran.

Dalam surah Ali Imran ayat 20, umat manusia dalam agama samawi terbahagi kepada dua iaitu golongan yang didatangkan alkitab ( iaitu kitab-kitab sebelum AlQuran ) dan Al Ummiyin sebagaimana firman Allah.



maksudnya
"Seandainya mereka membantahimu maka katakanlah maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan orang-orang yang ummi "Apakah telah Islam kamu ". Jika telah Islam mereka , sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".  Surah Ali Imran  ayat 20

Orang- orang yang diberikan Al Kitab adalah merujuk kepada orang Yahudi dan Kristian yang berasal daripada keturunan Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.s. Golongan yang lebih dikenali sebagai Bani Israil ini telah diturunkan kepada mereka kitab- kitab sebelum AlQuran iaitu kitab Taurat ( Nabi Musa a.s ), kitab Zabur ( Nabi Daud a.s ) dan kitab Injil ( Nabi Isa a.s ).

Adapun golaongan AlUmmiyyin adalah golongan yang tidak pernah didatangkan AlKitab iaitu  lawan kepada golongan yang didatangkan Alkitab. Mereka ini adalah daripada keturunan Nabi Ismail a.s. yang salsilahnya terus kepada Nabi Muhammad s.a.w serta umat islam seperti kita yang tidak pernah menerima, memegang apatah lagi membaca kitab - kitab terdahulu sebelum AlQuran seperti Taurat, Injil dan Zabur .

Seandainya Al Ummiyyin ini bermaksud golongan yang Buta huruf mengapakah Allah tidak namakan golongan dari Bani Israil ini sebagai golongan yang bijak tetapi sebaliknya Allah gelarkan mereka sebagai golongan yang telah didatangan AlKitab.

Jelas sekali dalil yang kedua ini menafikan maksud Al Ummiyyin ini sebagai golongan Buta huruf dan di sini telah menampakkan kepada kita niat jahat bangsa Yahudi ini untuk memperbodohkan  umat  yang Allah sifatkan didalam AlQuran sebagai sebaik baik umat ( Khaira Ummah ).

Kesimpulan dari perbincangan ini bahwa kalimah AL UMMIY dalan surah Al 'Araf  ayat 157  dan 158 ini maknanya bukanlah Buta Huruf . Kita sebagai umat yang menyayangi Rasulullah harus berwaspada dan tidak terpedaya dengan propaganda yang sengaja ditimbulkan dengan maksud jahat meminta agar kita menghina rasul kita sendiri dan menolak segala ajarannya. Rosululloh SAW adalah Al-Insan Al-Kamil Al-Mukammil Wa Sayyidul Wujud.
---------------------------------------------
Kata "UMMI" itu berasal dari perkataan Bahasa Arab  yang mengandung dua maksud. Maksud yang pertama ialah INDUK sedang maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK ini juga mengandung dua maksud, yaitu yang pertama: IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu mengandung maksud pengertian induk yang kedua, yaitu "tempat letaknya segala sesuatu" dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Perlu dipahami bahwa segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran. Sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini mengandung maksud bahwa Rasululloh SAW adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca itu hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Rasululloh SAW tidak perlu kepada menulis dan membaca karena Alloh SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajarkan Al-Qur'an kepada Rasululloh SAW, dimana Al-Qur'an itu adalah al-Kitab yang mengandung segala multidisiplin ilmu dunia dan akhirat yang tiada sesuatupun yang dialpakan sedikitpun segalanya dalam Al-Qur'an itu. Hanya orang biasa seperti ummatnya inilah yang patut belajar dan tahu bagaimana hendak menulis dan membaca karena hanya dengan cara itulah kita dapat mencari / mendapat ilmu. Oleh karena itu maksud ummi pada Rasululloh SAW, bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca, akan tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua diatas yaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalahAhsannas Kholqon Wa Khuluqon dan pelajarilah tentang Haqiqat Nur Muhammad SAW yang diciptakan Alloh SWT sebelum adanya sesuatu apapun sebagaimana hadits riwayat Jabir Ra(Innalloha Kholaqo qoblal asyya' Nuro Nabiyyika Muhammad SAW Min Nurihi)

--------------------------------------------,-------
:وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
“Dan diantara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui ttg isi Al-Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan saja.” (Surah Al-Baqarah: ayat 78).
يَقُول تَعَالَى " وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ" أَيْ وَمِنْ أَهْل الْكِتَاب قَالَهُ مُجَاهِد : وَالْأُمِّيُّونَ جَمْع أُمِّيّ وَهُوَ الرَّجُل الَّذِي لَا يُحْسِن الْكِتَابَة .
Alloh berfirman: “diantara mereka yang ummiyun”adalah dari kalangan ahli kitab seperti yang dikatakan oleh Mujahid: Ummiyyun adalah jamak bagi perkataan ummi dimana hal itu membawa maksud seseorang yang tidak tahu/bagus dalm menulis kitabah/tulisan.
قَالَهُ أَبُو الْعَالِيَة وَالرَّبِيع وَقَتَادَة وَإِبْرَاهِيم النَّخَعِيّ وَغَيْر وَاحِد وَهُوَ ظَاهِر فِي قَوْله تَعَالَى " لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَاب " أَيْ لَا يَدْرُونَ مَا فِيهِ .
Telah berkata Abu Al-`Aliyah, Ar-R`bi`, Qatadah, Ibrahim An-Nakha`i dan lain-lain bahawa Alloh berfirman, “..mereka yang tidak tahu al-kitab..” maksudnya adalah mereka tidak mengetahui apa yg ada dlm al-kitab.

وَلِهَذَا فِي صِفَات النَّبِيّ - صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : أَنَّهُ الْأُمِّيّ لِأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يُحْسِن الْكِتَابَة كَمَا قَالَ تَعَالَى " وَمَا كُنْت تَتْلُوا مِنْ قَبْله مِنْ كِتَاب وَلَا تَخُطّهُ بِيَمِينِك إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ "Oleh karena itu  (ummi) adalah salah satu sifat Nabi SAW, bhw Beliau adalah Ummy, karena Beliau tdk pernah tahu/bagus menulis/membaca, sebagimana firman Alloh:- “Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu/bagus mebulis/ membaca sebuah kitab/tulisan pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).” (Surah Al-Ankabuut: ayat 48) .وَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى " هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ "
Dan Firman Aloah SWT “Dialah yang telah mengutus Rasul dalam kalangan orang (Arab) yang Ummiyyin…”(Surah Al-Jumu'ah: ayat 2). Imam Al-Raghib Al-Isf`hani(مفردة الفذ القران التقدم العربي ) menafsirkan ummi dlm ayat surat Al-Ankabut, itu sebagai seseorang yang biasa dan tidak berpendidikan, tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca. Pendapat ini juga didokong oleh Al-Imam Ibn Katsir dlm menafsirkan ayat al-ankabut(48) sebagimana berikut:
الْآيَة وَهَكَذَا كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَائِمًا إِلَى يَوْم الدِّين لَا يُحْسِن الْكِتَابَة وَلَا يَخُطّ سَطْرًا وَلَا حَرْفًا بِيَدِهِ بَلْ كَانَ لَهُ كِتَاب يَكْتُبُونَ بَيْن يَده الْوَحْي وَالرَّسَائِل إِلَى الْأَقَالِيم
Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW selalu berkekalan hingga hari pembalasan, tiada daya upaya utk menulis walaupun satu ayat ataupun satu huruf dengan tangannya sendiri. Bahkan Beliau selalu menuliskan apa yang diwahyukan kpdnya saja atau menuliskan risalah2 kpd tempat lain.
أَيْ لَوْ كُنْت تُحْسِنهَا لَارْتَابَ بَعْض الْجَهَلَة مِنْ النَّاس فَيَقُول إِنَّمَا تَعَلَّمَ هَذَا مِنْ كُتُب قَبْله مَأْثُورَة عَنْ الْأَنْبِيَاء مَعَ أَنَّهُمْ قَالُوا ذَلِكَ مَعَ عِلْمهمْ بِأَنَّهُ أُمِّيّ لَا يُحْسِن الْكِتَابَة
Artinya bhw sekiranya nabi seorang pandai membaca menulis, pasti orang jahil akan mempersoalkannya, dimana mereka akan mengatakan bhw kamu (nabi) belajar hal ini dari kitab2 para nabi sebelumnya. Sesungguhnya mereka berkata demikian juga walaupun mereka tahu bahwa baginda seorang yang buta huruf dan tidak tahu/bagus/pandai membaca atau menulis kitabah/tulisan." ( تفسير ابن كثير). Dimana semua apa yg dilakukan Nabi adalah berdasrakan wahyu, bukan menurut hawa nafsunya. Bhw Rasululloh itu Ummiy yakni dimaksudkan tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahwa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasululloh SAW sendiri, diman dgn bersifat Ummiy ini sebenarnya justru memperlihatkan kehebatan Rasululloh SAW, hal mana Ummiy ini adalah satu mukjizat besar Rasululloh dan bukannya buta huruf sebagimana manusia umumumnya.”  Disamping itu Rasulullah itu diberi gelar sifat Ummiy karena pada beliau diberikan ibu segala ilmu. Separtimana Al Fatih`h dikatakan Ummul Kitab, karena di dalamnya adalah intipati Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh karena apa yang dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu ilmu, ia tidak boleh diterima melalui proses biasa sebagimana manusia pd umumnya. Bhw Nabi Muhammad itu Basyarun(manusia), Falaisa Kalbasyari(tapi bukan seperti manusia pd umumnya/biasanya). Rasululah selalu mendapat wahyu dlm segala mulltidimensialnya, tidak cukup sekadar melalui proses biasa sebagaimana manusia pd umumnya/biasanya dengan menggunakan pancaindera. Tetapi Ilmu wahyu yang Alloh anugerahkan kepada Beliau SAW adalah diajarkan terus menerus selalu kepadanya. Sedang Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis sebagaimana manusia pada umumnya/biasanya.


DALAM Kitab Suci Al-Qur’an, Surat al-A`raf ayat 157, Allah SWT menyatakan Rasulullah Muhammad SAW sebagai an-nabiyy al-ummiy (Nabi yang “Ummi”). Sudah menjadi pemahaman umum di kalangan umat Islam bahwa “ummi” artinya buta huruf, tuna aksara, tidak tahu membaca dan menulis. Anggapan yang salah kaprah ini harus segera diperbaiki, sebab ternyata istilah ummiy (dengan plural ummiyyuun atau ummiyyiin) dalam Al-Qur’an sama sekali bukanlah bermakna seperti itu.

Agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW merupakan mata rantai terakhir dari agama Nabi-Nabi sebelum beliau, seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Isa al-Masih, dan Nabi-Nabi Allah lainnya (`alaihimus-salaam). Kebanyakan para Nabi itu berasal dari kalangan Bani Israil, keturunan Nabi Ibrahim melalui putranya Nabi Ishaq. Bani Israil telah banyak menerima Kitab Allah, seperti Taurat, Zabur dan Injil. Adapun orang-orang Arab, keturunan Nabi Ibrahim melalui putranya Nabi Ismail, sebelum Al-Qur’an diwahyukan tidak pernah menerima Kitab Allah. Itulah sebabnya orang-orang Arab disebut kaum ummiyyuun atau ummiyyiin, artinya “kaum yang belum pernah membaca atau menulis Kitab Allah”, sebagai lawan dari kaum al-ladziina uutu l-kitaab, “kaum yang sudah menerima Kitab Allah”, sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surat Ali Imran ayat 20.

Orang-orang Yahudi semasa Rasulullah SAW sering merendahkan orang-orang Arab yang mereka anggap tidak mempunyai Kitab. Ejekan orang Yahudi itu antara lain direkam oleh Allah SWT dalam Surat Ali Imran ayat 75: “Tiada yang patut disalahkan bagi kami atas kaum ummiyyiin”. Maka Allah SWT menyindir bahwa di kalangan Yahudi sendiri banyak juga yang ummiy, tidak memahami Taurat, sebagaimana tercantum dalam Surat al-Baqarah ayat 78: “Dan sebagian mereka ummiyyuun, tidak mengetahui Kitab.”

Dari kalangan orang Arab yang merupakan kaum ummiyyuun itu Allah SWT mengutus Nabi dan Rasul Terakhir Muhammad SAW, sebagaimana firman Allah dalam Surat al-Jumu`ah ayat 2: “Dia yang membangkitkan pada kaum ummiyyiin seorang Rasul dari kalangan mereka, membacakan atas mereka ayat-ayat-Nya.” Akan tetapi Nabi Muhammad SAW bukanlah diutus kepada kaum ummiyyuun saja, melainkan diutus kepada seluruh umat manusia. Allah SWT menginstruksikan Nabi Muhammad SAW untuk mendakwahkan Islam baik kepada kaum al-ladziina uutu l-kitaab maupun kepada kaum ummiyyuun. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surat Ali Imran ayat 20: Wa qul li l-ladziina uutu l-kitaaba wa l-ummiyyiina a aslamtum (“Dan katakanlah kepada kaum yang telah menerima Kitab dan kepada kaum yang belum menerima Kitab: apakah kamu bersedia memeluk Islam?”).

Istilah an-nabiyy al-ummiy pada Surat al-A`raf ayat 157 berhubungan dengan kaum Ahlul-Kitab (Yahudi dan Nasrani) yang memeluk agama Islam. Kalimatnya berbunyi: Al-ladziina yattabi`uuna r-rasuulan-nabiyya l-ummiya l-ladzii yajiduunahuu maktuuban `indahum fii t-tawraati wa l-injiil (“Orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis di sisi mereka dalam Taurat dan Injil”). Dalam ayat ini Allah SWT menegaskan bahwa meskipun Muhammad SAW itu Nabi yang Ummi, artinya berasal dari kaum ummiyyuun, kaum Ahlul-Kitab seharusnya memeluk agama Islam, sebab kedatangan Nabi Muhammad SAW sudah diberitakan dalam Kitab Taurat dan Injil.

Istilah an-nabiyy al-ummiy juga sekaligus berarti bahwa Nabi Muhammad SAW tidak pernah membaca atau menuliskan Kitab-Kitab Allah sebelumnya, sehingga seluruh isi Al-Qur’an betul-betul langsung beliau terima dari Allah SWT, bukan hasil jiplakan atau salinan dari Taurat dan Injil seperti tuduhan kaum Ahlul-Kitab kepada beliau. Hal ini dipertegas oleh Allah SWT dalam Surat Al-`Ankabut ayat 48: “Dan engkau tidak pernah membaca Kitab sebelum Al-Qur’an dan tidak pernah menuliskannya dengan tangan kananmu. Seandainya demikian tentu makin ragu kaum penganut kebathilan.”

Masyarakat Arab sebelum Islam telah mengenal sastra tulisan baik natsar (prosa) maupun sya`ir (puisi). Setiap tahun orang-orang Quraisy menyelenggarakan festival (pekan raya) di Ukazh. Di sana diperlombakan pembacaan prosa dan puisi, lalu naskah yang dipandang bagus mendapat kehormatan untuk ditempelkan di dinding Ka`bah. Fakta ini membuktikan bahwa masyarakat Arab waktu itu, termasuk suku Quraisy, mahir membaca dan menulis, sehingga istilah ummiyyuun bukanlah berarti “masyarakat buta huruf”. Junjungan kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang pelaku bisnis yang handal di masa muda beliau sebelum menjadi Rasul. Kesuksesan beliau dalam melakukan transaksi niaga merupakan indikasi bahwa beliau mampu membaca dan menulis, sehingga istilah an-nabiyy al-ummiy dalam Al-Qur’an bukanlah berarti “nabi yang buta huruf”.

Kisah turunnya wahyu yang pertama kali kepada Nabi Muhammad SAW memberikan isyarat bahwa beliau mampu membaca. Ketika Rasulullah SAW bertafakur menyendiri di Gua Hira’ bukit Jabal Nur, maka pada malam Senin tanggal 17 Ramadhan, yang bertepatan dengan 10 Agustus 610 Masehi, datanglah malaikat Jibril kepada beliau seraya berkata, “Iqra’ (Bacalah).” Nabi menjawab, “Maa aqra’ (Apa yang saya baca?)” Tiga kali Jibril menyuruh Iqra’, dan Rasulullah SAW menjawab serupa pula. Lalu Jibril membacakan lima ayat pertama dari Surat al-`Alaq sebagai wahyu Allah yang paling awal.

Ketika Rasulullah SAW membuat perjanjian gencatan senjata dengan kaum musyrikin Makkah yang diwakili Suhail ibn Amr di Hudaibiyah bulan Dzulqa`dah tahun 6 Hijriyah atau April 628 Masehi, naskah perjanjian dituliskan oleh Ali ibn Abi Thalib dan didiktekan oleh Rasulullah SAW: “Inilah perjanjian antara Muhammad Rasulullah dengan Suhail ibn Amr.” Suhail protes atas kalimat tersebut dan mengusulkan agar Muhammad Rasulullah diganti menjadi Muhammad ibn Abdillah. Ali ibn Abi Thalib tidak mau menghapus kata rasulullah itu, sehingga Nabi Muhammad SAW sendiri yang menghapusnya dengan tangan beliau untuk diganti menjadi seperti yang diusulkan Suhail.

Dari seluruh uraian yang telah kita bahas, baik analisis terhadap ayat-ayat Al-Qur’an maupun analisis terhadap beberapa episode riwayat hidup Rasulullah SAW, jelaslah bahwa istilah an-nabiyy al-ummiy bukanlah berarti “nabi yang buta huruf”, melainkan berarti “nabi yang tidak pernah membaca Kitab Allah sebelum Al-Qur’an” atau “nabi dari kalangan ummiyyuun yang belum pernah menerima Kitab Allah sebelum Al-Qur’an”. Jadi terjemahan “ummi” dalam bahasa Indonesia bukanlah “buta huruf”, melainkan “buta kitab”. Oleh para ulama abad pertengahan dikembangkan pengertian bahwa Nabi Muhammad SAW benar-benar tidak dapat membaca dan menulis, mungkin dengan tujuan agar umat Islam makin yakin bahwa Al-Qur’an itu bukan karangan Nabi. Padahal, meskipun Rasulullah SAW mampu membaca dan menulis, sama sekali tidaklah berkurang sedikit pun keimanan kita bahwa Al-Qur’an itu benar-benar wahyu Allah SWT.

Alangkah banyaknya aspek yang membuktikan kewahyuan Al-Qur’an, baik dari segi keindahan bahasa maupun dari segi isi Al-Qur’an itu sendiri. Misalnya, banyak sekali fakta ilmiah tentang fenomena alam dalam Al-Qur’an yang baru dapat dipahami sekarang setelah ilmu pengetahuan modern berkembang. Hal ini merupakan salah satu bukti bahwa Al-Qur’an memang berasal dari Pemilik Alam Semesta yaitu Allah SWT, dan kita tidak perlu merekayasa atau bahkan secara tidak sengaja membuat semacam pelecehan bahwa junjungan kita Nabi Muhammad SAW buta huruf. Alangkah tegany` kita selama ini menyangka junjungan yang kita cintai, manusia paling mulia di muka bumi, Nabi Muhammad SAW, sebagai seorang yang tidak bisa tulis. Sangatlah Mustahil untuk Rosululloh SAW.

Disamping itu perlu selalu ditanamkan bahwa sifat-sifat yg wajib, mustahil dan jaiz bagi Rosul SAW.

Empat Sifat Wajib/Mustahil Bagi Rosul SAW

الدرس الثامن : في صفات الرسل
الصفات الواجبة في حق الرسل أربع  وهي الصدق و الأمانة و التبليغ و الفطانة .
الصدق هو مطابقة الخبر للواقع فيجب علينا أن نعتقد بأن جميع ما جاء به الرسل قولا و فعلا صدق و حق ، قال الله تعالى: صدق الله و رسوله و الدليل العقلي على ذلك ظهور المعجزات على أيديهم فلو لم يكونوا صادقين لكانوا كاذبين و لو كان كاذبين لكان الله يؤيد الكاذبين و يأمر بالاقتداء بهم في قوله تعالى { وَمَآ آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُواْ } و هو محال لأن الله لا يأمر بالفحشاء و المنكر .
الامانة : معنى الأمانة في حق الرسل هو حفظ ظواهرهم و بواطنهم من الوقوع في منهي عنه لو كراهة ، فيجب علينا أن نعتقد بأنهم محفوظون من الظاهرة و الباطنة ، قال الله تعالى حكاية عن أحد الرسل { إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ } ، و الدليل العقلي على ذلك أنهم لو كان غير أمناء لكانوا خائنين لما أمرنا الله باتباعهم ، قال الله تعالى { إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الخَائِنِينَ }

PELAJARAN KEDELAPAN: SIFAT PARA RASUL
SYARAH:
Sebagaimana para malaikat, yang selalu patuh kepada perintah Allah, dan tidak pernah sekalipun melanggar larangan Allah, maka para nabi dan rasul Allah juga demikian. Mereka adalah orang-orang yang dijaga Allah dari perbuatan yang dapat mendatangkan dosa. Para nabi dan Rasul adalah orang yang selalu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya. Allah telah menjaga para nabi dan rasul dari terjerumus ke dalam perbuatan dosa, sejak mereka baru lahir, begitu pula setelah diangkat menjadi nabi dan rasul.
Telah diyakini bahwa para rasul yang diutus Allah, mereka adalah laki laki merdeka yang telah dipilih dengan sempurna dan dilengkapi dengan keistimewaan yang tidak dimiliki makhluk biasa. Begitu pula telah diberikan kepada mereka sifat-sifat kesempurnaan dengan tujuan untuk menguatkan risalah yang dibawa. Maka Allah telah menganugerahkan kepada mereka empat sifat kesempurnaan, y`ng wajib dimiliki oleh seorang rasul, yaitu Shidiq (Jujur), Amanah (dipercaya), Tabligh (menyampaikan) dan Fathanah (cerdas).
1. SHIDIQ (JUJUR)
Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatannya. Apa apa yang telah disampaikan kepada manusia baik berupa wahyu atau kabar harus sesuai dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak boleh dilebihkan atau dikurangkan. Dalam arti lain apa yang disampaikan kepada manusia pasti benar adanya, karena memang bersumber dari Allah. Makanya setiap rasul pasti jujur dalam pengakuan atas kerasulannya. Dan kita sebagai manusia harus meyakinkanya dan beri’tikad bahwa semua yang datang dari Rasul baik perkataan atau perbuatan adalah benar dan hak. Karena apa yang diucapkan atau diperbuat oleh para rasul bukan menurut kemauannya sendiri. Ucapan dan perbuatannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan atau risalah yang diterima dari Allah.
Sebagai bukti atas kebenaran para rasul, mereka telah dibekali dengan mukjizat mukjizat yang harus diyakini oleh setiap muslim kebenaranya. Dan tidak mungkin harus diyakini dan diteladani jika mereka (para rasul) itu tidak jujur. Tentu setelah itu apa yang telah diperintahkan Allah melalui perantaraan para rasul, kita sebagai muslim harus mengikuti dengan ta’at dan apa yang dilarang Allah kita tinggalkan.
وَمَآ آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُواْ
”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah,” (al-Hasyr, 7)
2. AMANAH (DIPERCAYA)
Amanah berarti bisa dipercaya baik dhahir atau bathin. Sedangkan yang dimaksud di sini bahwa setiap rasul adalah dapat dipercaya dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Para rasul akan terjaga secara dhahir atau bathin dari melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama, begitu pula hal yang melanggar etika.
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ
“Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,” (asy-syuara’ 143)
Maka hal yang muhal atau mustahil jika rasul itu terjerumus ke dalam perzinahan, pencurian, meminum minutan keras, berdusta, menipu dan lain sebagainya. Rasul tidak mungkin memiliki sifat hasud, riya’, sombong, dusta dan sebagainya. Jika para rasul telah melanggar etika berarti mereka telah bekhianat dan Allah tidak menyukai manusia yang berkhianat.
إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الخَائِنِينَ
Allah berfirman,  “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berkhianat.”(al-Anfal, 58)

التبليغ : معنى التبليغ في حق الرسل عليهم السلام هو ايصال الأحكام التى أمروا بتبليغها الى المرسل اليهم ، فيجب علينا أن نعتقد أنهم عليهم السلام بلغوا ما أمروا بتبليغه ما أخفوا على الناس من ذلك شيئا ، لا عمدا و لا سهوا و لا نسيانا قال الله تعالى { الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَداً إِلاَّ اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيباً } و الدليل العقلي على ذلك أنهم لو كتموا شيئا مما أمروا بتبليغه ، و لكنا مأمورين بكتم العلم ، لأننا أمرنا بالاقتداء بهم و هو باطل لأن كاتم العلم ملعون .
الفطانة : هي حدة الذكاء و التيقظ التام لإلزام الخصوم و إبطال دعاويهم ، فيجب علينا أن نعتقد أنهم عليهم الصلاة و السلام أكمل أهل زمانهم في العقل و الفطنة و قوة الذكاء . و الدليل العقلي على ذلك أن الله تعالى أرسلهم لإحقاق الحق و إبطال الباطل و إبطال دعاوي الخصوم بإقامة الحجة ، فلو كانوا غير فطناء لكانوا بلداء و لو كانوا بلداء لعجزوا عن إقامة الحجة و هو باطل ، قال الله تعالى { وَتِلْكَ حُجَّتُنَآ آتَيْنَاهَآ إِبْرَاهِيمَ عَلَى قَوْمِهِ }

3. TABLIGH (MENYAMPAIKAN)
Sudah menjadi kewajiban para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diterima dari Allah berupa wahyu yang menyangkut didalamnya hukum hukum agama. Jika Allah memerintahkan para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada manusia, maka wajib bagi manusia untuk menerima apa yang telah disampaikan dengan keyakinan yang kuat sebagai bukti atau saksi akan kebenaran wahyu itu.
الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَداً إِلاَّ اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيباً
Allah berfirman, “(yaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.” (al-Ahzab, 39).
Hal ini bisa dikiyaskan bahwa jika Allah memberikan wahyu kepada para rasul untuk tidak disampaikan atau dirahasiakan kepada manusia, maka tidak wajib bagi manusia untuk mempelajarinya. Sedangkan menyampaikan adalah hal yang wajib dan menyembunyikan adalah hal yang terlaknat dan tercela.
4. FATHONAH (CERDAS)
Dalam menyampaikan risalah Allah, tentu dibutuhkan kemampuan, diplomasi, dan strategi khusus agar wahyu yang tersimpan didalamnya hukum hukum Allah dan risalah yang disampaikan bisa diterima dengan baik oleh manusia. Karena itu, seorang rasul wajib memiliki sifat cerdas. Kecerdasan ini sangat berfungsi terutama dalam menghadapi orang-orang yang membangkang dan menolak ajaran Islam.
Maka diharuskan bagi kita untuk meyakinkan bahwa para rasul itu adalah manusia yang paling sempurna dalam penampilan, akal, kekuatan berfikir, kecerdasan dan pembawaan wahyu yang diutus pada zamannya. Kalau saja para rasul itu tidak sesuai dengas sifat sifatnya maka mustahil manusia akan menerima dan mengakuinya. Sifat sifat itu merupakan satu hujjah bagi mereka agar apa yang disampaikan bisa diterima dengan baik.
وَتِلْكَ حُجَّتُنَآ آتَيْنَاهَآ إِبْرَاهِيمَ عَلَى قَوْمِهِ
Allah berfirman: “Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya.” (al-An’am, 83)


الصفات المستحيلة في حق الرسل  
يستيحل في حق الرسل عليهم السلام أضداد الصفات الواجبة وهي أربع : الكذب و الخيانة و الكتمان و البلادة
الصفات الجائزة في حق الرسل : يجوز في حق الرسل عليهم السلام كل وصف من أوصاف البشر التى لا تؤدي الى نقص في مراتبهم العلية ، كالأكل و الشرب و النكاح و المرض الخفيف و الاغماء والدليل على ذلك مشاهدة احوالهم لأن من حضر معهم ذلك معهم ، و وصل الينا بالتواتر ، قال الله تعالى { وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلاَّ إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الأَسْوَاقِ } و يستحيل في حقهم الجنون و البرص والعمى و كل مرض ينفر الناس عنهم.

SIFAT MUSTAHIL BAGI RASUL
Telah diterangkan di atas sifat sifat wajib para rasul yang harus diimani oleh setiap muslim yaitu: Shidiq (jujur), Amanah (bisa dipercaya), Tabligh (menyampaikan), dan  Fathonah (cerdas). Adapun kebalikan dari sifat sifat wajib para rasul adalah sifat sifat mustahil yaitu Kidhb (Bohong), Khianah (Berkhianat atau tidak dipercaya), Kitman (menyembunyikan) dan Baladah (Bodoh).

SIFAT JAIZ BAGI RASUL
Allah telah mengutus para rasul kepada manusia dan telah dihiasi dengan sifat kesempurnaan melebihi makhluk Allah yang lain, namun mereka tidak akan terlepas dari fitrah kemanusian yang ada dalam dirinya. Seorang rasul tetaplah sebagai seorang manusia biasa yang berprilaku sebagaimana manusia.
Sifat para rasul Allah ini telah membuat mereka melakukan aktifitas sebagaimana manusia lainnya. Sudah tentu yang dimaksud di sini adalah prilaku dan sifat yang tidak mengurangi derajat kerasulan mereka di mata manusia. Jadi sifat sifat ini boleh dikatakan jaiz bagi para rasul, yaitu sifat sifat yang boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan Seperti makan, minum, tidur, kawin, istirahan, sakit yang ringan, pingsan, jalan ke pasar pasar, berniaga dan semacamnya.
Sedangkan prilaku dan sifat yang bisa merendahkan derajat kerasulan, mereka akan terpelihara dan dipelihara oleh Allah dan sudah pasti perilaku dan sifat itu tidak pernah dilakukannya. Dan inilah yang membedakan mereka dengan manusia yang lain.
وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلاَّ إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الأَسْوَاقِ
Allah berfirman, ”Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. (al-Furqon, 20)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar